Balai Polis Ulu Tiram diserang, 2 anggota maut, seorang cedera

Insiden pada 2.45 pagi itu membabitkan suspek yang bertopeng serta bersenjatakan pistol dan parang

9:55 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis maut, manakala seorang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Beliau berkata, insiden pada jam 2.45 pagi itu, membabitkan suspek yang bertopeng serta bersenjatakan pistol dan parang.

Suspek, katanya, turut dilaporkan mati ditembak di lokasi kejadian.

Ujarnya, polis turut merampas sepucuk pistol Walther P99 dan Selaras HK MP5 daripada suspek.

Jenazah kedua-dua mangsa dan suspek dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

Difahamkan, Kumar berada di lokasi kejadian bagi meninjau lokasi berkenaan pada jam 8.30 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, beliau sudah tiba di Johor Bahru dan sedang menuju ke lokasi kejadian.

“Saya dah sampai Johor, nak ke tempat kejadian. Balai (Polis) Ulu Tiram,” katanya.

Difahamkan, Razarudin akan mengadakan sidang akhbar secara langsung berhubung kejadian itu dalam tempoh terdekat. – 17 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related