Sejuta penduduk Malaysia alami kemurungan, meningkat 2 kali ganda berbanding 2019

Hampir separuh daripada mereka telah berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri

9:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendedahkan kira-kira sejuta atau 4.6% penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan.

Menurut dapatan utama daripada tinjauan yang dilakukan, jumlah itu menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun 2019 dengan masalah tersebut lebih tinggi dalam kalangan mereka yang berusia 16 hingga 29 tahun.

“Hampir separuh daripada mereka telah berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri,” menurut tinjauan itu seperti dilaporkan Bernama.

NHMS 2023 turut mendedahkan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak menyaksikan peningkatan daripada 7.9% pada 2019 kepada 16.5% pada 2023 dengan satu daripada enam kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun mengalami masalah tersebut.

Antara faktor masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak adalah masalah dengan rakan sebaya (46%), masalah tingkah laku (25%), masalah emosi (17%) dan hiperaktif (8%).

NHMS 2023 juga mendedahkan lebih 500,000 orang dewasa atau merangkumi 2.5 peratus dewasa di Malaysia menghidap empat penyakit tidak berjangkit iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, dan obesiti.

Dalam sidang media selepas melancarkan NHMS 2023, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, trend peningkatan prevalens orang dewasa yang berlebihan berat badan dan obesiti memerlukan perhatian serius serta tindakan segera oleh kementerian itu.

“Antara satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan prevalens ini adalah pengambilan gula berlebihan.

“Bagi membendung masalah ini, kerajaan telah melaksanakan pendekatan langkah fiskal iaitu mengenakan cukai eksais kepada minuman bergula dan minuman pracampuran yang diterajui oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya. – 16 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related