Dakwaan Kedah dipaksa miskin tunjuk pemikiran negatif Sanusi, tidak ‘move on’: Pengerusi Mada

Katanya, permohonan ganti rugi RM200 juta setahun ingin diminta Sanusia daripada Kerajaan Persekutuan juga, menunjukkan Kedah buntu untuk mendapatkan sumber pendapatan lain

5:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Kedah ‘dipaksa’ miskin dan berhasrat memohon ganti rugi RM200 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan untuk pendapatan negeri, menggambarkan pemikiran negatif beliau.

Ia susulan negeri berkenaan didakwanya kehilangan pendapatan kerana perlu mengekalkan tanah sawah demi keterjaminan makanan negara.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Ismail Salleh berkata, kenyataan itu juga menggambarkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak boleh ‘move on’ mengenai pendapatan Kedah.

“Kawasan tanaman padi Mada hanya 10% daripada keluasan Kedah, masih ada 90% lagi tanah yang boleh dibuat perumahan dan industri dengan cukai tanah lebih tinggi.

“Nampak Kedah ini dah buntu untuk dapat sumber pendapatan lain,” katanya menerusi kenyataan.

Ismail berkata, pada masa sama, usaha kepimpinan Kedah untuk memohon RM200 juta daripada Kerajaan Persekutuan itu, nampak tidak serius kerana tiada persediaan untuk mewartakan kawasan tanaman padi Mada.

“Kalau serius perlu pewartaan dan boleh usahakan untuk mendapatkan pampasan carbon credit.

“Kerajaan Persekutuan juga akan nampak keseriusan kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan hasil padi demi keterjaminan makanan,” katanya.

Menurut Ismail, kawasan tanaman padi Mada hanya 10% daripada keluasan Kedah, bermakna ada 90% lagi tanah yang boleh dibuat perumahan dan industri dengan cukai tanah lebih tinggi. – Gambar Facebook, 16 Mei, 2024

Semalam, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di Alor Setar memaklumkan, kerajaan negeri ingin membuat permohonan ganti rugi dengan jumlah berkenaan dan ia dianggap munasabah.

Katanya, ia kerana permintaan membangunkan tanah sawah bagi tujuan perumahan, industri dan komersial meningkat setiap tahun, namun kawasan berkenaan perlu dikekalkan.

Malah, beliau mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri boleh mengimbangai kehilangan pendapatan yang sebenarnya mampu diperoleh melalui permintaan terhadap tanah untuk aktiviti selain padi.

“Kita minta RM200 juta setahun, kalau kita bangunkan tanah (sawah) sedia ada yang diluluskan (lebih 10,000 hektar) dalam Rancangan Tempatan Daerah (RTD) setiap tahun, kita akan dapat RM100 juta (setahun) untuk tanah itu.

“Peningkatan permintaan kepada tanah sawah untuk perumahan, industri dan komersial juga meningkatkan cukai tanah.

“Kita (Kedah) juga ada pelaburan datang, macam mana kita nak imbangi kehilangan kita dengan permintaan terhadap tanah untuk aktiviti selain padi, jadi kita minta RM200 juta (setahun),” katanya seperti dilaporkan.

Pada sidang media sama, Muhammad Sanusi berkata, Kedah kehilangan cukai pembangunan berkenaan yang berjumlah RM1,000 per hektar, berbanding hanya RM15 per hektar kerana mengusahakan sawah.

Justeru, katanya, tidak adil untuk membuat perbandingan mengatakan Kedah sebagai negeri miskin sedangkan ia seolah-olah diarahkan menjadi miskin.

Terdahulu, pada awal Mei lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan bersedia meluluskan penukaran status tanah Mada kepada pembangunan komersial.

Perdana Menteri berkata, langkah itu antara inisiatif membantu meningkatkan pendapatan Kedah yang memainkan peranan besar dalam keselamatan makanan negara, namun Ismail menegaskan ia dikhuatiri memberi impak besar terhadap jaminan keselamatan makanan negara. – 16 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Related