Tumpahan diesel punca kereta terbabas di Klang: Polis

Siasatan juga dijalankan sekiranya terdapat unsur khianat dilakukan pihak tidak bertanggungjawab

12:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kes kemalangan membabitkan beberapa kenderaan yang terbabas di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang semalam, disahkan berpunca daripada tumpahan diesel di laluan itu yang menyebabkan permukaan jalan licin.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, lokasi kemalangan itu adalah jalan sehala berselekoh dan mempunyai tiga lorong.

Katanya, terdapat kesan tumpahan bahan bakar berkenaan di lorong paling kanan.

“Hingga kini, hanya pemilik sebuah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu, hadir membuat laporan mengenainya di Balai Polis Trafik Klang Selatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu hanya membabitkan kerosakan kenderaan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Ujarnya, tumpahan minyak itu sudah dibersihkan pihak penyelenggaraan jalan dan laluan berkenaan selamat digunakan.

Hoong Fong berkata, orang ramai dinasihat agar lebih berhati-hati semasa memandu kenderaan, terutama di malam hari.

Kelihatan kesan tumpahan minyak di lorong paling kanan yang mengakibatkan kemalangan berlaku, namun tiada kecederaan dilaporkan. – Gambar tular, 16 Mei, 2024

“Patuhi segala peraturan dan undang-undang lalu lintas ditetapkan, bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda,” katanya.

Tegasnya, kes itu disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dengan pegawai penyiasatnya adalah Sarjan Tuan Mohd Nazri Tuan Lah.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini, diminta berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik bagi membantu siasatan polis.

“Siasatan juga dijalankan dari sudut jenayah sekiranya terdapat unsur khianat dilakukan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan kemalangan dari arah Bukit Tinggi menghala ke Bulatan Simpang Lima, Klang.

Kemalangan itu menyaksikan beberapa kereta terbabas yang dikatakan berpunca daripada permukaan jalan licin akibat tumpahan diesel,” katanya. – 16 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related