Wanita dikecam perlekeh Laksa Sarawak bau majun, makan sambil tutup hidung

Rata-rata rakyat Sarawak mengecam tindakannya yang didakwa tidak menghormati budaya masyarakat di negeri itu

12:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang wanita mengejek Laksa Sarawak, hidangan popular di Bumi Kenyalang itu dalam video yang tular di Facebook akhirnya memakan diri.

Rata-rata rakyat Sarawak mengecam tindakannya yang didakwa tidak menghormati budaya masyarakat di negeri itu.

Dalam video yang tular itu, wanita terbabit menikmati hidangan tersebut sambil menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau daripada kuah laksa berkenaan yang didakwa menyerupai bau jamu.

Situasi tersebut dipanaskan lagi dengan suara seorang lagi wanita yang merakam video itu kedengaran ketawa melihat tindakannya menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau laksa tersebut.

“Tutup hidung… Ni apa ni? Laksa Sarawak ke ni? Bau jamu okay. Ke dia letak daun basil tu?” katanya rakan wanita terbabit.

Namun, wanita tersebut dalam nada spontan menjawab makanan tersebut dicampur jamu.

“Ntahlah. Dia taruh jamulah,” katanya sambil disambut gelak tawa rakan-rakannya yang lain.

Difahamkan wanita tersebut bercuti bersama rakan-rakannya di Kuching, Sarawak dan menikmati hidangan tersebut di premis makanan yang terletak di sebuah pusat beli-belah terkenal di bandaraya itu.

Tindakannya itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang penduduk Sarawak yang menuntut wanita terbabit agar memohon maaf kerana memperlekeh makanan tradisional masyarakat di negeri berkenaan.

“Laksa Sarawak adalah makanan tradisi dan kebanggaan Sarawak. Suka hati menghina makanan. Nabi pun mencela orang yang menghina makanan,” kata Mira.

“Jaga adab kamu kalau datang tempat orang. Dia perlekeh Laksa Sarawak bau jamu. Dia tak makan jamu ke?,” kata Mieyra.

“Tak semua kedai makan di Sarawak pandai masa Laksa Sarawak, saya setuju. Tapi kalau tak sedap tu cakap tak sedap tak apa. Janganlah sampai post (muat naik) video makan sambil tutup hidung, buruk perangai tu,” kata Rapahael.

Sementara itu, seorang pemuda yang juga pekerja di pusat beli-belah tersebut mendakwa hidangan yang diejek wanita terbabit sebenarnya bukan Laksa Sarawak tetapi hidangan Yong Tou Fu kuah kari.

“Sebagai pekerja di mall (pusat beli-belah) tersebut dan hari-hari makan di food court (medan selera) tersebut, rasanya mi tersebut bukan Laksa Sarawak tapi mungkin Yong Tou Fu kuah kari.

“Nak kata Laksa Sarawak rasa majun atau jamu seperti kenyataan puan pada post (hantaran) tersebut yang sudah dipadam tak apalah, sebab penerimaan rasa untuk manusia itu berbeza.

“Tetapi populasi lidah manusia yang menerima Laksa Sarawak sebagai makanan sedap itu peratusnya sangat tinggi malah diperakui di peringkat dunia,” kata Aniq Shazwan.

Selepas tular, wanita terbabit tampil menjelaskan mengenai video tersebut dan meminta maaf kerana tidak berniat untuk mengutuk Laksa Sarawak.

“Maaf orang Sarawak, saya bukan niat nak ngutuk nak tanya je. Memang laksa Sarawak bau macam jamu macam ni ke? Yang saya gelak teruk tu sebab member (kawan) tu dah rasa kat hotel masa breakfast.

“Penat dia gelak tak leh telan. Tapi saya pergi S** M*** tu order mi kari sampainya sama Laksa Sarawak. Sebiji macam jamu majun tu weh. Tak tertelan tolak gitu je RM15,” katanya sebelum Facebook miliknya dinyahaktif. – 15 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related