Enam pakar perubatan Mercy Malaysia terperangkap di Rafah

Dr Hanif mohon doa semua pihak agar mereka dapat keluar ke sempadan

11:07 PM MYT

Ā 

KUALA LUMPUR ā€” Enam pakar perubatan Mercy Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan di Gaza kini dilaporkan terperangkap dekat Rafah susulan serangan demi serangan dilancarkan rejim Zionis.

Salah seorang daripadanya, Dr Hanif Ahmad Mazlan yang juga pakar bedah am, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu berkongsi cerita mengenai keadaan di sana dalam rakaman video yang dikongsi oleh penyanyi rap dan usahawan, Caprice di laman Instagram.

Menurut Dr Hanif, dia kini bertugas di Hospital Kuwait di Rafah dan telah masuk ke wilayah itu sejak 1 Mei lalu di bawah Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia di bawah payung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

ā€œHospital ini masih digazetkan sebagai zon selamat untuk kami berteduh dan bekerja, merawat pesakit-pesakit yang dibawa ke hospital.

ā€œBersama saya ada enam orang termasuk pakar bedah, pakar bius dan pakar ortopedik. Kami sedang menunggu arahan daripada WHO untuk keluar secepat mungkin apabila sempadan Rafah dibuka oleh Israel.

ā€œJadi doakan kami di sini, doa anda adalah amat penting bagi kami,ā€ katanya.

Terdahulu Mercy Malaysia memberitahu, antara perkhidmatan lain yang disediakan dalam misi kemanusiaan itu adalah pembangunan dan pengoperasian Medical Point di Kem Al-Mawasi untuk menampung keperluan kesihatan asas penduduk Gaza yang tinggal di kem pelarian.

Rafah menampung kira-kira 1.4 juta penduduk Palestin, yang kebanyakannya berpindah dari tempat lain di Gaza.

Pertempuran dan pengeboman Israel memusnahkan kawasan pinggir laut itu.  

Sejak serangan tercetus di Semenanjung Gaza 7 Oktober lalu, seramai 35,034 rakyat Palestin terbunuh, 78,755 cedera dan 11,000 yang lain menjadi pelarian. – 14 Mei, 2024

Topics

Ā 

ā—‰ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

ā—‰ Related