Manusia pertama terima buah pinggang babi meninggal dunia 2 bulan selepas pembedahan

Hospital Besar Massachusetts (MGH) bagaimanapun memaklumkan tiada petunjuk membuktikan kematiannya adalah akibat pemindahan buah pinggang tersebut

11:31 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lelaki pertama yang menerima pemindahan buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik meninggal dunia dua bulan selepas pembedahan dijalankan.

Richard “Rick” Slayman, 62, menghidap penyakit buah pinggang tahap kronik sebelum menjalani pembedahan pada Mac lalu.

Hospital Besar Massachusetts (MGH) pada Ahad memaklumkan tiada petunjuk membuktikan kematiannya adalah akibat pemindahan buah pinggang tersebut.

Pemindahan organ lain daripada babi yang diubah suai secara genetik menunjukkan kegagalan pada masa lalu, tetapi pembedahan ke atas Slayman dianggap sebagai satu peristiwa bersejarah.

Selain penyakit buah pinggang, Slayman juga menghidap diabetes Jenis 2 dan hipertensi.

Pada 2018, dia menjalani pemindahan buah pinggang manusia di hospital sama tetapi organ itu gagal berfungsi selepas lima tahun, menyebabkannya menyambung semula rawatan dialisis.

Selepas pemindahan buah pinggang babi pada 16 Mac, doktor mengesahkan Slayman tidak lagi memerlukan dialisis selepas organ baharu itu dikatakan berfungsi dengan baik.

“Slayman selamanya akan dilihat sebagai harapan kepada pesakit pemindahan yang tidak terkira banyaknya di seluruh dunia dan kami amat berterima kasih atas kepercayaan dan kesanggupan beliau untuk memajukan bidang xenotransplantasi,” kata MGH dalam satu kenyataan.

Xenotransplantation ialah pemindahan sel, tisu atau organ hidup dari satu spesies ke spesies yang lain.

MGH berkata, pihaknya bersedih atas kematian mengejut Slayman dan mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Walaupun Slayman penerima pertama buah pinggang babi yang dipindahkan ke badan manusia, ia bukanlah organ haiwan itu yang pertama digunakan dalam prosedur pemindahan.

Dua pesakit lain telah menerima pemindahan jantung babi, tetapi prosedur itu tidak berjaya kerana penerimanya meninggal dunia beberapa minggu kemudian.

Dalam satu kes lain, terdapat tanda-tanda sistem imun pesakit telah menolak organ terbabit, yang merupakan risiko biasa dalam pembedahan pemindahan. – Agensi

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related