Umno sambut ulang tahun ke-78 dengan solat hajat, bacaan Yasin, doa selamat

Tiada lautan merah seperti tahun-tahun sebelumnya, suasana agak suram dengan dianggarkan 1,000 hadir pada majlis tersebut

9:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Majlis ulang tahun Umno ke-78 yang dihadiri pemimpin kanan dan anggota parti di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam ini berlangsung dalam suasana suram.

Ini merupakan tahun kedua majlis tersebut diadakan tanpa kelibat bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Tiada lautan merah seperti tahun-tahun sebelumnya dan dianggarkan kira-kira 1,000 hadir pada majlis tersebut.

Terdahulu, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Dewan Hussein Onn pada jam 6.45 petang.

Beliau turut diringi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Turut hadir Ahli MKT Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi dan Bendahari Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama barisan kepimpinan parti itu mengadakan solat Maghrib secara berjemaah, diikuti solat hajat untuk bekas Presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak, bacaan Yasin dan doa selamat. – Alif Omar/Scoop, 11 Mei, 2024

Majlis bermula pada jam 7 malam itu dimulai dengan solat Maghrib secara berjemaah, diikuti solat hajat untuk Najib yang dikenali sebagai ‘Bossku’, bacaan Yasin dan doa selamat.

Seusai majlis doa selamat, Zahid menyampaikan amanat ringkasnya menceritakan mengenai perjuangan Umno sejak awal penubuhannya.

Majlis itu kemudian disusuli dengan solat Isyak secara berjemaah dan jamuan makan malam sebelum bersurai.

Umno, antara parti politik yang ditubuhkan sebelum merdeka iaitu ketika era nasionalisme menuntut kemerdekaan Tanah Melayu sekitar penghujung tahun 1940-an serta penolakan rancangan British untuk menubuhkan Malayan Union. – 11 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related