Balu mangsa maut pokok tumbang terima faedah Perkeso sepanjang hayat: Steven Sim

Balu Allahyarham, Norpahidah Mat Zaman bakal menerima Faedah Orang Tanggungan berjumlah RM3,400 setiap bulan sepanjang hayat

9:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Waris keluarga kepada seorang lelaki yang maut dalam insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada 7 Mei lalu, Md Rizal Atan, 47, dikenal pasti layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, hasil semakan Skuad Perkeso Prihatin mengesahkan mangsa merupakan pencarum bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 1 Januari 1995.

Menurutnya, balu Allahyarham, Norpahidah Mat Zaman, bakal menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berjumlah RM3,400 setiap bulan sepanjang hayat.

“Empat anaknya yang masing-masing berumur antara tiga hingga 18 tahun diberikan manfaat sama sehingga berusia 21 tahun jika belum berkahwin dan boleh dilanjutkan sekiranya menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama.

“Sebagai pencarum, waris keluarganya layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 secara sekali bayar oleh Perkeso menerusi Skim Bencana Pekerjaan bawah Akta 4,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Md Rizal yang bekerja sebagai pemandu di Tele Dynamics Global Com Sdn Bhd sejak 2018 meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke sebuah hotel untuk menjemput tetamu syarikat majikannya akibat insiden pokok tumbang.

Mengulas lanjut, Steven berkata, kesedaran majikan dalam melunaskan tanggungjawab untuk mencarum pekerjanya telah meringankan beban keluarga mangsa menerusi perlindungan jaringan keselamatan sosial pemberian Perkeso menerusi sokongan kewangan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan wakallah dan kotak prihatin Perkeso kepada waris keluarga Md Rizal dalam program Ziarah Prihatin ke kediaman keluarga terbabit di Shah Alam.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Zaliha Mustafa; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh; Ketua Pegawai Strategi dan Transformasi Perkeso, Edmund Cheong Peck Huang serta Pengarah Perkeso Selangor, Ismail Abi Hashim. – 10 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related