Pemerasan RM1.25 juta: 7 pegawai kanan, anggota polis ditahan di bawah Sosma

Hasil risikan dan pengumpulan maklumat yang dijalankan mendapati kumpulan ini memenuhi elemen-elemen yang ditakrifkan di bawah Seksyen 130U Kanun Keseksaan

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam anggota dan pegawai polis termasuk seorang berpangkat Asisten Komisioner yang direman berhubung kes pemerasan kripto RM1.25 juta baru-baru ini, kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Selain Asisten Komisioner, ia turut membabitkan seorang Deputi Superintenden, dua Inspektor dan masing-masing seorang berpangkat Sarjan dan Lans Koperal.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua mereka berusia 32 hingga 50 tahun itu kini direman menurut Seksyen 4(5) Sosma 2012 bagi tempoh 28 hari sehingga 5 Jun ini.

“Hasil daripada risikan yang dijalankan sepanjang tempoh ini telah mendapati kumpulan ini bertindak secara bersama untuk melakukan jenayah kesalahan serius dengan tujuan untuk mendapatkan faedah material.

“Hasil risikan dan pengumpulan maklumat yang dijalankan mendapati kumpulan ini memenuhi elemen-elemen yang ditakrifkan di bawah Seksyen 130U Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razarudin memberitahu, pada jam 10 malam tadi pula, seorang lagi pegawai polis berpangkat Inspektor berusia 34 tahun telah menyerah diri di Bahagian D14 dan ditahan menurut Seksyen 4(1) Sosma.

Pada 3 Mei lalu, Razarudin memaklumkan tiga pegawai berpangkat Asisten Komisioner, Deputi Superintenden an Inspektor dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ditahan di sekitar Jalan Tun Razak di sini bagi membantu siasatan kes pemerasan itu, susulan laporan polis yang dibuat malam sebelumnya.

Dua lagi yang ditahan, masing-masing seorang Inspektor dan Sarjan.

Susulan penahanan kelima-lima individu terbabit polis kemudian menahan seorang lagi Lans Koperal yang berkhidmat di jabatan yang sama.

Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang /Pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. – 10 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related