Jangan takut dengan teknologi AI, PM ingatkan rakyat Malaysia

Sama seperti dulu kita didedahkan dengan penggunaan komputer, ramai yang bimbang itu ini. Kita tidak boleh lagi menggunakan kerangka lama dalam segenap bidang termasuk pertanian

3:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia harus lakukan perubahan pantas sejajar dengan perubahan peredaran teknologi semasa khususnya kecerdasan buatan (AI) supaya tidak ketinggalan dalam arus perubahan pesat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau juga mahu semua pihak untuk tidak terlalu takut dan gusar dengan AI selain tidak lagi dibelenggu dengan pemikiran lama.

“Sama seperti dulu kita didedahkan dengan penggunaan komputer, ramai yang bimbang itu ini. Kita tidak boleh lagi menggunakan kerangka lama dalam segenap perkhidmatan dan bidang termasuk pertanian.

“Dalam pertanian pun ada tahap-tahap perubahannya sehingga kita menggunakan segala jentera dan mesin moden.

“Ini (bidang AI), bagaimana kita melihat persiapan di peringkat anak-anak sekolah, sehingga ke institusi pengajian tinggi (IPT). Semua harus persiapkan diri,” katanya semasa melancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Pada majlis tersebut, beliau turut melancarkan Fakulti AI, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selain menyerahkan watikah lantikan Profesor Adjung Kehormat Fakulti AI kepada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambrian Futures & Cambrian Labs, Prof Olaf Groth; pakar Machine Learning Mohamed bin Zayed University of AI, Prof. Mohsen Guizani dan pakar Intelligence Studies Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Emeritus Osman Bakar.

Menurut Perdana Menteri, rakyat Malaysia harus menerima perubahan besar dengan peredaran teknologi semasa khususnya kecerdasan buatan (AI) supaya tidak ketinggalan dalam arus perubahan pesat. – Muharram Kassim/Scoop, 10 Mei, 2024

Anwar turut memberikan penekanan kepada melahirkan lebih ramai jurutera berkemahiran kerana negara ini masih kekurangan 30,000 jurutera.

“Saya tanya wakil Nvdia, Google, Microsoft, Amazon, Huawei serta Ericsson, dan semua menyatakan dari segi disiplin anak-anak kita, jurutera baharu dan graduan sains cukup baik, tetap ada kekurangan dari segi kemahiran, keterampilan dan pengkhususan yang diperlukan.

“Kita juga perlu menekankan keperluan menarik semual minat anak-anak terhadap bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi (STEM). Ia kini makin terhakis.

“Semua peringkat perlu memikirkan bagaimana nak menjadikan mata pelajaran itu diminati dan tidak membosankan,” katanya.

Terdahulu dalam ‘Sesi Temu Anwar’ sejurus selepas perasmian Malaysia Artificial Intelligence Nexus, beliau berkata, pelajar IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada dalam tempoh dua minggu bagi memperkasa teknologi AI.

Katanya, akses itu akan diberikan menerusi perkomputeran awan (cloud computing) yang akan diselaraskan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti). – 10 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related