KPM mungkin pinda tarikh keputusan SPM 2023

NUTP sebelum ini merayu agar keputusan SPM 2023 dikeluarkan pada 23 Mei iaitu lebih awal dari tarikh ditetapkan (27 Mei) kerana cuti sekolah sudah bermula pada 25 Mei

2:48 PM MYT

 

TAIPING – Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia menimbang cadangan semua pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 diumumkan lebih awal dari tarikh sedia ada, iaitu 27 Mei ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, perkara itu akan dibawa ke perbincangan bagi diperhalusi oleh pihak berkepentingan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Seperti yang saya kata, kerajaan ini merupakan kerajaan yang sudi mendengar. Apabila kita menerima pandangan yang berbeza daripada semua sektor maka pihak KPM akan mempertimbangkan semua pandangan tersebut.

“Beri kami sedikit masa sebelum satu keputusan atau kenyataan media berkaitan dengan isu ini dapat dibuat nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan di SABK Maahad Al-Khair Lil Banat di sini hari ini.

Semalam, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 yang membabitkan 395,870 calon akan diumumkan pada 27 Mei ini bermula 10 pagi.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon dalam satu kenyataan merayu agar keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal (23 Mei) memandangkan tarikh rasmi dikeluarkan KPM itu merupakan cuti sekolah. – 10 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related