Peguam direman 4 hari minta, terima rasuah RM1.6 juta

Berdasarkan siasatan awal, suspek menghubungi mangsa kononnya mampu menolongnya menutup siasatan kes jenayah yang dihadapinya

7:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan reman seorang peguam yang juga pemilik firma guaman kerana dipercayai meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM1.6 juta daripada seorang usahawan.

Suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 12 Mei.

Reman terhadap suspek itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Ipoh, Noor Azreen Liana Mohd Darus selepas permohonan dibuat SPRM Perak di Mahkamah Rendah Ipoh pagi tadi.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek menghubungi mangsa kononnya mampu menolongnya menutup siasatan kes jenayah yang dihadapinya dan wang rasuah itu akan dibahagikan kepada beberapa individu penting di beberapa agensi kerajaan.

“Susulan itu, suspek ditahan di sebuah restoran makanan segera di sekitar Ipoh kira-kira jam 12 tengah hari semalam setelah menerima wang tunai RM100,000 termasuk dua keping cek bernilai kira-kira RM1.5 juta,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 a (A) Akta SPRM 2009. – 9 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related