Kes Faisal Halim: Tiada tangkapan terbaharu, 2 pengurusan tertinggi Selangor FC diambil keterangan

Terdahulu, Shuhaily meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi melawat lokasi insiden tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian

6:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis menafikan penahanan suspek ketiga membabitkan kejadian serangan asid ke atas pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, maklumat berhubung penangkapan terbaharu itu tidak sahih.

Menurutnya, tiada sebarang penangkapan terbaharu dilakukan dan pihaknya masih menjalankan soal siasat ke atas suspek kedua yang ditahan sebelum ini.

“Kita masih lagi jalankan soal siasat dan ia masih lagi di peringkat permulaan untuk saya kongsikan sebarang perkembangan.

“Kita turut menghubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC untuk diambil keterangan berhubung laporan polis yang dibuat,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata, polis sedang menganalisa cap jari yang ditemukan di lokasi kejadian simbah asid membabitkan Faisal iaitu di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada Ahad lalu.

Katanya, hasil semakan melalui kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar pusat beli-belah, suspek dipercayai ada menyentuh beberapa kawasan atau tempat.

“Kita sudah pun ekstrak beberapa cap jari yang ditinggalkan di situ. Kita masih lagi menunggu analisa cap jari ini dan ia memberi gambaran positif serta mendekatkan diri kita kepada suspek terbaharu ini,” katanya.

Tambahnya, buat masa ini, pihaknya belum dapat mengenal pasti wajah suspek kerana suspek memakai topi dan CCTV tidak menjurus ke arah wajah suspek,” katanya.

Terdahulu, Shuhaily meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi melawat lokasi insiden tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.

Sebelum ini, Faisal diserang oleh individu tidak dikenali dengan asid ketika berada di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 5 petang Ahad lalu.

Insiden itu mengakibatkan beliau melecur tahap empat pada badan dan muka. – 9 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related