Bantu calon DAP di KKB, Adun Duyong ‘tak menyesal’ hilang pengikut di media sosial

Mohd Noor Helmy gembira dapat membantu Pang Sock Tao, yang merupakan calon PH dari DAP di Pilihan Raya Kecil (PRK) KKB

5:11 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU — Meskipun kehilangan pengikut di media sosial kerana membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) di Kuala Kubu Baharu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem tidak menyesal.

Malah beliau gembira dapat membantu Pang Sock Tao, yang merupakan calon PH dari DAP di Pilihan Raya Kecil (PRK) KKB.

Mendedahkan perkara itu dalam ceramah kelompok di Batu 30, Ulu Yam malam tadi, Mohd Noor Helmy berkata, usaha membawa mandat kerajaan dan rakyat akan tetap diteruskan biarpun kehilangan ‘followers’ di TikTok.

“Hari ini (malam tadi) baru saya bercakap sedikit dengan Pang, malam ini dah dapat mesej pengikut yang menyatakan kekecewaan kerana saya bersama DAP.

“Alamak dah hilang satu follower TikTok…tapi ini bukan tentang mencari follower atau pengikut atau selebriti, ini tentang membawa hasrat rakyat kepada kemajuan bangsa dan negara,” katanya.

Mohd Noor Helmy berkata, beliau perlu meletakkan perkara yang betul pada tempat yang betul, dan hari ini kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan campuran dan harus dipertahankan.

“Saya ada di sini adalah kerana mandat kerajaan, mandat rakyat dan saya akan teruskan usaha ini walaupun saya hilang followers.

“Jangan risau Puan Pang, kita akan bersama, kita daripada BN sentiasa menyokong dan memastikan usaha untuk kejayaan Pang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ini,” katanya.

Beliau turut meminta pengundi memenangkan calon Kerajaan Perpaduan yang boleh menjadi jambatan menghubungkan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan

“Kepada dialah (Pang) tuan dan puan harapkan untuk bersama-sama bergerak membantu penduduk sekitar dalam satu gelombang kemajuan yang dibentuk di negeri Selangor,” katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei inj menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas). – 8 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related