Siasatan ke atas Bloomberg bukan arahan kerajaan: Fahmi

Fahmi Fadzil berkata, tindakan siasatan itu dibuat mengikut proses

3:37 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Siasatan ke atas Bloomberg bukan atas arahan kerajaan sebaliknya hasil laporan polis yang dibuat oleh firma guaman mewakili syarikat yang terkesan dengan laporan yang dibuat portal berita itu.

Menurut Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, tindakan siasatan itu dibuat mengikut proses.

“Laporan polis mengenai isu ini adalah daripada peguam syarikat itu. Bukan laporan daripada pihak kerajaan tapi swasta,” katanya.

“Kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa arahan untuk menyiasat tetapi oleh kerana ada laporan, maka laporan itu diambil oleh pihak polis dan tindakan siasatan dilakukan seperti mengikut proses.

“Jadi saya tegaskan siasatan itu dibuat bukan atas arahan kerajaan tapi hasil daripada laporan polis yang dibuat firma guaman yang mewakili syarikat yang terkait ataupun dikaitkan dalam laporan oleh Bloomberg itu,” katanya pada sidang media di Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Terdahulu, ketua pengarang Bloomberg dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan berhubung penerbitan artikel rancangan pembangunan kasino di Forest City, Johor, pada 3 Mei lalu. Manakala wartawannya pula telah memberi keterangan 6 Mei lalu.

Siasatan dijalankan susulan satu laporan yang dibuat peguam kepada ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan berhubung artikel berunsur fitnah bertajuk ‘Malaysia Mulls Casino at Forest City: Bloomberg’.

Berdasarkan laporan, artikel itu didakwa mengandungi pernyataan palsu, tidak benar, tidak beralasan dan tidak disahkan. – 8 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related