Polis kesan kewujudan akaun media sosial bibitkan kebencian melampau bintang bola sepak tempatan

Berdasarkan siasatan awal, kandungan yang dimuat naik kebanyakannya menjurus kepada sentimen negatif termasuk kehidupan peribadi mereka.

5:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan beberapa akaun media sosial didakwa melakukan serangan peribadi terhadap pemain kebangsaan sehingga membibitkan sikap kebencian melampau terhadap bintang bola sepak tempatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan siasatan awal, kandungan yang dimuat naik oleh pengendali tersebut kebanyakannya lebih menjurus kepada sentimen negatif tentang pemain bola tersebut termasuk kehidupan peribadi mereka.

“Dua insiden yang menimpa Akhyar (Akhyar Rashid) dan Faisal (Faisal Halim), pihak polis ikhtiar sudah disusun untuk tangkap penyerang yang terlibat.

“Ada sampai kepada laporan kita kewujudan beberapa laman sosial dalam bentuk FB dan segala macam (media sosial) yang kemudian mensasarkan beberapa individu pemain bola kebangsaan ini.

“Isi kandungan posting bertujuan membangkitkan kebencian, menghina, memperlekeh dan semua gerak-geri pemain itu diulas termasuk dengan siapa mereka berkawan serta kehidupan sosial mereka. Saya gesa perkara ini dihentikan,” katanya kepada media ketika ditemui pada sesi Townhall Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di Mitec, hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin memberi jaminan kepada pemain kebangsaan keselamatan mereka akan sentiasa didahulukan dan percaya dengan keupayaan PDRM menjaga keamanan dan ketenteraman negara.

“Saya beri jaminan keselamatan dan keamanan seluruhnya adalah terjamin.

“Mereka (pemain bola) patut tumpukan pada karier mereka menjelang liga (musim baru) yang akan bermula (Sabtu ini),” katanya.

Saifuddin turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes melibatkan pemain Selangor FC, Faisal Halim yang disimbah asid dan Akhyar Rashid (Terengganu FC) yang disamun Khamis lalu.

“Pesanan saya kepada orang awam untuk tidak melakukan sebarang spekulasi dalam apa keadaan pun, itu tidak membantu.

“Beri ruang dan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis untuk jalankan tugas,” katanya.

Scoop melaporkan Faisal, 26, disahkan melecur tahap empat di beberapa bahagian di tubuhnya ekoran disimbah cecair oleh dua individu tidak dikenali di sebuah pusat beli- belah di Kota Damansara pada Ahad lalu.

Terdahulu, Akhyar, 25, cedera di kepala dan kaki selepas disamun di bawah kondominiumnya di Kuala Terengganu selepas selesai menjalani latihan Khamis lalu. – 7 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related