Dahan pokok tumbang atas landasan, perkhidmatan Monorel alami gangguan

Rapid KL berkata, sebarang kemas kini akan dimaklumkan secara berkala menerusi saluran media sosial dan aplikasi PULSE

5:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Operasi perkhidmatan laluan Monorel sedang mengalami gangguan susulan dahan pokok yang tumbang ke atas landasan berhampiran Stesen Monorel Raja Chulan, akibat cuaca hujan lebat,

Rapid KL menerusi kenyataan memaklumkan, susulan kejadian berlaku pada jam 2.20 petang itu, tiada perkhidmatan di antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku.

“Pihak operasi mengaktifkan perkhidmatan tren perantara di antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1).

“Perkhidmatan bas perantara juga diaktifkan ulang-alik dari KL Sentral ke Medan Tuanku,” katanya.

Menurutnya, pengumuman menerusi platform rasmi media sosial Rapid KL dan di semua stesen laluan Monorel, dilakukan untuk makluman penumpang.

“Pihak Rapid KL sedang bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan terbabit secepat mungkin.

“Buat masa ini anggota polis dan bomba sedang mengawal keadaan lalu lintas di tempat kejadian,” katanya.

Pada masa sama, Rapid KL berkata, sebarang kemas kini akan dimaklumkan secara berkala menerusi saluran media sosial dan aplikasi PULSE.

“Kami memohon maaf di atas gangguan luar jangka ini dan berterima kasih di atas kesabaran penumpang,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan, hujan lebat sejak jam dua petang tadi menyebabkan sebatang pokok di Jalan Sultan Ismail berhampiran Hotel Concorde di sini, tumbang dan menghempap beberapa kenderaan.

Dalam video dan gambar dikongsi di media sosial memaparkan kejadian itu, ia turut menjejaskan landasan Monorel KL berhampiran hotel berkenaan.

Malah, memberitahu berlaku kelewatan perkhidmatan antara stesen Bukit Nanas dan Raja Chulan akibat insiden terbabit.

Dalam pada itu, kakitangan di Hotel Concorde terutama pengawal keselamatan yang berada di luar hotel, bertindak pantas membantu menyelamatkan mereka yang terperangkap di dalam kenderaan terjejas. – 7 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

No call with Trump? PM Anwar has better things to do: Nazri

Former envoy slams US obsession, says Malaysia shouldn’t grovel and should prioritise China, Russia, India, and Türkiye

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

National service 3.0 to be implemented from January 2025

New programme aims to enhance youth development and national service opportunities

Related