Naik gaji penjawat awam, kerajaan tahu sumber kewangan: Perdana Menteri

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kenaikkan gaji diumum selepas kerajaan melakukan kerja dasar dan tahu dari mana sumber kewangannya, selain hasil bertambah

10:09 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah ‘duduk semeja’ bagi memikirkan serta merangka keupayaan kewangan paling teliti, sebelum mengumumkan pelarasan kadar kenaikan gaji penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu juga merangkumi kerja dasar dan mengetahui sumber kewangan.

Katanya, ia bagi memastikan pemberian ganjaran adil kepada golongan berkenaan dapat dilaksanakan.

“Kita tak menghalang kadang-kadang orang yang cakap dari mana nak cari wang, dari mana tahu kerajaan dan Parlimen akan luluskan dan saya tidak berhasrat menjawab itu semua.

“Kita buat itu, apabila kita umum, itu selepas kerja dasar dilakukan, kita tahu dari mana kewangannya, kita tahu hasilnya bertambah dan kita dapat lihat umpamanya (dari mana sumber kewangan).

“Umpamanya seperti mana (usaha dengan) Microsoft, itu dimulakan tahun ini, bila Amazon mulakan tahun ini, bila (syarikat) ACWA datang? Dalam dua minggu akan datang, bukan bermakna ini rencana tiga atau empat tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Anwar menegaskan, justeru sekiranya ada usaha seperti itu, kerajaan yakin pendapatan negara bakal bertambah, dengan mutu khidmat penjawat awam akan lebih baik dan hasil kewangan meningkat.

“Dengan itu, pandangan kita mengenai mengurangkan kebergantungan kepada hutang dan defisit, itu tidak berganjak.

“Jadi ada orang kata ia tidak rasional daripada polisi ekonomi negara, saya soal kenapa, dia kata bagaimana anda (kerajaan) boleh belanja lebih untuk penjawat awam dan (pada masa sama) anda mahu mengurangkan itu ini.

“(Jawapannya) Ia kerana bagaimana kita manage our economy (menguruskan ekonomi kita) dengan kepakaran ada di sini, yang pandainya saudara saya hanya tolong (sebagai) jurucakap,” katanya. – 7 Mei, 2024

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

No more political appointees: New Malaysian ambassador to US a career diplomat, says Tok Mat

The US has no objections with the nominee who is awaiting the Yang di-Pertuan Agong's consent

Related