PRK KKB: PH tidak pernah arah, benarkan petugas guna gambar Agong

Menurut Ng Sze Han, PH mengambil maklum berhubung siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perkara itu dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mengarahkan atau membenarkan petugas gabungan itu menggunakan gambar Yang di-Pertuan Agong semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Menurut Pengarah Kempen PH PRK Kuala Kubu Baharu, Ng Sze Han, penggunaan gambar Agong pada kempen pilihan raya seperti dilaporkan semalam adalah tindakan tidak wajar dan tidak harus berlaku.

“Saya merujuk kepada laporan media mengenai gambar Yang di-Pertuan Agong digunakan semasa kempen PRK Kuala Kubu Baharu yang memaparkan ia diletakkan di atas sebuah kenderaan membawa sepanduk dan tertera bendera PH.

“Sebagai pengarah kempen PH PRK Kuala Kubu Baharu, saya ingin menegaskan, pihak kami tidak pernah mengarahkan atau membenarkan tindakan ini oleh mana-mana petugas kempen kami,” katanya.

Beliau berkata, PH mengambil maklum berhubung siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perkara itu.

“Kami bersedia memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Semalam, Scoop melaporkan mengenai gambar tular memaparkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hijau dipasang poster Sultan Ibrahim dan foto Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar, berarak di sekitar Pekan Kuala Kubu Baharu.

Polis kemudian menahan dua lelaki berhubung kes terbabit, selepas menerima laporan daripada seorang individu. – 6 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related