SPRM kumpul maklumat perincian nilai, pemilik 50 kenderaan mewah dikaitkan skandal 1MDB

Empat kenderaan mewah yang dirampas pihak berkuasa Jerman, baru-baru ini, salah satunya dipercayai milik Jho Low

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih dalam tindakan mengesan nilai keseluruhan dan pemilik sebenar 50 kenderaan mewah yang urusan pembeliannya didakwa dilakukan Low Taek Jho atau Jho Low menggunakan wang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Media sebelum ini melaporkan, empat kenderaan mewah yang dirampas pihak berkuasa Jerman, baru-baru ini, salah satunya dipercayai milik ahli perniagaan dalam buruan itu.

Bercakap kepada Scoop, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, ketika ini SPRM juga masih lagi sedang mengumpul maklumat berkaitan kenderaan tersebut.

“Tindakan seterusnya adalah kita (SPRM) akan berbincang dengan pihak berkuasa luar negara yang terlibat, bagaimana cara atau kaedah untuk tindakan pemulihan aset.

“Ini kerana terdapat perbezaan bidang kuasa dan undang-undang negara terlibat,” katanya hari ini.

Ditanya mengenai perkembangan semasa siasatan terhadap rampasan empat kereta mewah jenis Bugatti Veyron di Munich, Jerman, beliau memberitahu, SPRM sudah menghubungi ‘counterpart’ di negara terlibat dalam pengumpulan bukti.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, mereka sedang mencari kaedah untuk tindakan pemulihan aset. – Gambar SPRM, 6 Mei, 2024

Baru-baru ini Scoop melaporkan, rampasan empat kereta Bugatti Veyron oleh pihak berkuasa Jerman yang didakwa ada kaitan dengan skandal 1MDB merupakan sebahagian daripada 50 kenderaan mewah yang terlibat dalam siasatan SPRM sejak 2020.

Perkara itu ditegaskan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam kenyataannya berkaitan dengan laporan berita rampasan terbaharu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Jerman yang bertanggungjawab dalam siasatan jenayah kolar putih.

Menurut beliau, SPRM telah memulakan siasatan berhubung isu itu sejak 2020 dengan permohonan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) ke Switzerland untuk mendapat maklumat terkini tentang aset beku berkaitan kes 1MDB.

Katanya, ia telah dilaksanakan pada November 2020.

“Ini diikuti dengan mesyuarat dengan Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) berkaitan 50 kereta mewah yang terlibat dalam siasatan 1MDB pada 2021.

“Selanjutnya pada Mac 2022, satu mesyuarat dengan OAG telah diadakan di Switzerland untuk membincangkan kemajuan permohonan MLA dan mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Sehubungan itu katanya, SPRM juga telah meminta maklumat daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1MDB yang digunakan untuk membeli kereta mewah di Jerman pada 26 Oktober 2022. – 6 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] ASB 2 dividend hits 5.25 sen, ASM at 4.75 sen per unit

Amanah Saham Bumiputera 2 dividend stands at 5.25 sen per unit, while Amanah Saham Malaysia is at 4.75 sen per unit for the financial year ending March 31, 2024.

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related