Tragedi Sg Balak: Tekad bapa selamatkan dua anak tak kesampaian, malah turut terkorban

Difahamkan kejadian bukan disebabkan kepala air tetapi bapa cuba menyelamatkan dua anaknya yang lemas

6:22 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Tekad seorang bapa, Arif Fadzil Abdul Saleh, 43, yang cuba menyelamatkan dua anaknya daripada lemas, berakhir dengan tragedi apabila dia turut terkorban di Sungai Balak, dekat Jalan Genting Lama–Batang Kali, di sini, hari ini.

Menurut salah seorang kenalan Allahyarham, mangsa bersama isteri, Azimah Azaha dan tujuh anak mereka telah berkhemah di kawasan Sungai Balak itu sejak pagi tadi.

Keluarga berkenaan menetap di Kuala Lipis dan mempunyai rumah di Kampung Kuantan, Batang Kali.

“Mereka mempunyai tujuh orang anak, dengan yang sulung berusia 14 tahun dan yang bongsu berumur dua tahun.

“Difahamkan kejadian bukan disebabkan kepala air, tapi bapa cuba selamatkan dua anaknya yang lemas.

“Anak lelakinya yang lemas dahulu dan kemudian anak perempuan ingin membantu.

“Melihatkan keadaan itu, bapanya yang berada di tepi sungai terus terjun untuk membantu,’’ katanya ketika ditemui di luar Hospital Kuala Kubu Baharu (KKB) hari ini.

Selain Arif, turut terkorban ialah dua anaknya, Damia, 9, dan Malik, 6 tahun.

Menurut rakan Allahyarham, Arif bekerja sendiri dan membawa masuk barang-barang pemotoran dari luar.

Dalam pada itu, sepupu mangsa dikenali sebagai Juliza berkata, isteri mangsa yang berada di tepi sungai cuba mencari dan menarik suaminya.

“Apabila nampak suaminya timbul dulu, dia menarik Allahyarham ke darat dan memberikan bantuan CPR tetapi mangsa tidak memberikan respons.

“Isteri mangsa juga nampak dua anaknya timbul dan menarik mereka ke tepi sungai namun kedua-duanya sudah tidak bernyawa,’’ katanya.

Menurut Juliza, tiada orang lain yang berada di situ semasa mereka berkelah dan isteri Allahyarham kemudiannya menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan kejadian terbabit.

Jelasnya, jenazah akan dibawa pulang ke Kuala Lipis.

Sementara itu suasana pilu menyelubungi persekitaran hospital apabila keluarga mangsa ditenteramkan oleh rakan-rakan serta saudara mara mereka.

Mereka tiba di hospital pada jam 4 petang dan enggan ditemui media.

Difahamkan keluarga mangsa sedang menunggu doktor untuk mengetahui sama ada bedah siasat akan dijalankan ke atas tiga beranak.

Dalam kejadian kira-kira 1 petang tadi, tiga sekeluarga ditemukan lemas di Sungai Balak dekat Jalan Genting Lama–Batang Kali.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 1.09 petang.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Faizal Tahrim berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang melakukan aktiviti riadah bersama ahli keluarga apabila anak perempuannya tergelincir ke dalam sungai.

“Bapanya cuba menyelamatkan anaknya dan pada masa sama anak lelakinya mangsa turut terjun ke dalam sungai tanpa disedari ibunya menyebabkan semua mangsa lemas,’’ katanya. – 5 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related