PRK KKB: Polis tahan 2 lelaki ‘berkempen’ bawa gambar Agong atas kenderaan

Tangkapan ke atas dua suspek yang masing-masing berusia 66 tahun itu dibuat susulan laporan polis oleh seorang pengadu pada jam 6.18 petang semalam

4:11 PM MYT

 

HULU SELANGOR – Polis menahan dua lelaki tempatan susulan insiden penggunaan gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai pelekat dan poster kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim berkata, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 4 (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, tangkapan ke atas dua suspek yang masing-masing berusia 66 tahun itu dibuat susulan laporan polis oleh seorang pengadu pada jam 6.18 petang semalam.

Jelasnya, semakan polis mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

“Mereka direman selama tiga hari mulai hari ini hingga 7 Mei untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4 (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal berkata, kenderaan yang dinaiki dua suspek itu turut dirampas.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat bagi mendapat arahan selanjutnya.

Sabit kesalahan, mengikut Seksyen 4 (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.

“Manakala Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, menetapkan denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Justeru Ahmad Faizal menasihatkan parti politik supaya tidak memainkan isu sensitif menyentuh 3R (agama, bangsa, raja). – 5 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related