Dana RM30 juta program MISI bukti kerajaan tidak abai masyarakat India: Steven Sim

Peruntukan menerusi Mitra antaranya merangkumi program pendidikan termasuk latihan kemahiran dan bantuan kewangan bagi menampung yuran pengajian di institut pengajian tinggi kepada keluarga B40 India

12:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dana RM30 juta yang diperuntukkan untuk Malaysian Indians Skills Initiative (MISI) Kesuma-Mitra menunjukkan komitmen kerajaan kepada komuniti India.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, dana tersebut akan disalurkan kepada program-program peningkatan kemahiran untuk belia komuniti India yang akan diterajui oleh Kesuma, menerusi HRD Corp, dan dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

“Inisiatif ini akan menekankan latihan di bidang-bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan keperluan negara.

“Ini selaras dengan aspirasi 3K Kesuma yang bertujuan untuk meningkatkan Kebajikan, Kemahiran dan Keberhasilan pekerja,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga memaklumkan, maklumat lanjut mengenai program-program latihan di bawah MISI Kesuma-Mitra ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra, P. Prabakaran berkata, MISI Kesuma-Mitra merupakan kerjasama antara Mitra dan Kesuma ke arah transformasi tenaga kerja mahir.

“Jumlah RM30 juta diletakkan di bawah Kesuma untuk mengadakan program MISI dengan Kesuma sumbang RM10 juta, Mitra (RM10 juta) dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) umum (semalam) bahawa Kementerian Kewangan sumbang RM10 juta,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Prabakaran yang juga Ahli Parlimen Batu berkata demikian selepas perasmian Pejabat Pakatan Harapan (PH) yang disempurnakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra, P. Prabakaran menegaskan,Kerajaan Perpaduan memberi tumpuan kepada masalah serta usaha mentransformasikan masyarakat India. – Gambar Bernama, 2 Mei, 2024

Prabakaran turut menegaskan pengumuman Perdana Menteri itu membuktikan Kerajaan Perpaduan memberi tumpuan kepada masalah serta usaha mentransformasikan masyarakat India.

Justeru, beliau berkata, pihak tertentu yang membuat fitnah bahawa Kerajaan Perpaduan tidak ambil kisah masalah kaum itu adalah tidak benar sama sekali.

Semalam, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Madani tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif sudah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan.

Beliau menekankan antara bantuan khusus buat kaum itu adalah menerusi Mitra dengan peruntukan RM100 juta bagi program pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India, manakala RM30 juta diperuntukkan di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dalam Belanjawan 2024.

Difahamkan, peruntukan menerusi Mitra itu antaranya merangkumi program pendidikan termasuk latihan kemahiran dan bantuan kewangan bagi menampung yuran pengajian di institut pengajian tinggi kepada keluarga B40 India; di samping program pembangunan keusahawanan dan kerjaya masyarakat India termasuk dalam bidang pertanian dan ekonomi gig.

Ia juga termasuk program pembangunan sosial dan kebajikan, kerohanian dan kesejahteraan masyarakat India, juga dalam aspek kebudayaan, bahasa, kerohanian dan kesukanan, terutama kepada kelompok masyarakat B40.

Peruntukan RM30 juta di bawah Tekun itu adalah bagi menyediakan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI), untuk menyediakan kemudahan pembiayaan mikro secara cepat dan mudah kepada usahawan dalam kalangan kaum India.

Selain itu, Anwar berkata, inisiatif lain termasuk peruntukan dana khas RM50 juta melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi memperkasakan usahawan wanita India, di samping agensi berkaitan kerajaan iaitu Petronas juga menyediakan biasiswa untuk kaum India, dan syarikat itu turut menggajikan hampir 1,000 petugas dari kalangan kaum India, namun perkara itu tidak diuar-uarkan.

Perdana Menteri turut menepis dakwaan kerajaan tidak membantu kaum India selain menyifatkan terdapat sesetengah pihak berkepentingan dan kaya cuba menghasut untuk mempengaruhi masyarakat India.

“Jangan katakan belum dapat apa-apa, saya nak tekankan ketimbang tahun-tahun yang lalu. Ini yang paling banyak kita berikan kepada Bumiputera, dan ini juga yang paling banyak kita berikan kepada masyarakat India. – 2 Mei, 2024


Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related