Warga emas rugi RM25,000, ditipu ‘lelaki Lamborghini’ skim pelaburan tidak wujud

Suspek mempunyai 31 rekod jenayah lampau melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM395,000 daripada kesemua mangsa

7:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas berusia 78 tahun kerugian RM25,000 selepas ditipu lelaki warga tempatan yang menawarkan skim pelaburan bantuan kerajaan negeri tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, laporan berkenaan kes itu diterima pada 17 April lalu dan polis kini sedang giat mengesan suspek berusia 28 tahun itu.

“(Berdasarkan siasatan) modus operandi suspek ialah dengan menawarkan bantuan kerajaan negeri kepada mangsa dan kemudian membawa mangsa ke bank menaiki kenderaan jenis Lamborghini.

“Semasa dalam perjalanan, suspek menawarkan pelaburan kerajaan negeri sehingga membuatkan mangsa berminat dan mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM25,000 untuk melabur.

“Namun suspek kemudiannya meninggalkan mangsa di sebuah bank di Kepong dengan alasan ingin mendapatkan wang bantuan tersebut sebelum menghilangkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata, suspek mempunyai 31 rekod jenayah lampau dengan menggunakan modus operandi yang sama sejak 2014 hingga sekarang yang melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM395,000 daripada kesemua mangsa.

Susulan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar lebih peka dan tidak terpedaya dengan sebarang penawaran yang meragukan sehingga boleh mendatangkan kerugian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Gashwinpal Singh di talian 016-3649168. – 2 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related