‘Sakit boleh hilang, tapi parut masih ada’ Bella masih trauma akibat didera

Bella masih trauma dan tidak dapat menerima kesakitan dialami biarpun peristiwa hitam itu sudah beberapa tahun berlalu

3:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Sakit boleh hilang, tapi parut masih ada’ itu gambaran keadaan anak Sindrom Down, Bella yang masih trauma selepas didera dan diabaikan oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Peguam pemerhati, Datuk Khairul Anwar Rahmat ketika memaklumkan keadaan Bella kepada media bagaimanapun memberitahu remaja itu berada dalam keadaan baik di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kami (peguam) boleh mengesahkan sehingga kini, walaupun lepas lebih setahun, Bella masih terkesan dan tak boleh terima kesakitan yang dialami. Masih trauma,’’ katanya di luar mahkamah hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja, Bella.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada Mei 2023.

Pada 3 Mei 2023, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13 dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman.

Wanita itu kemudian dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara.

Dalam pada itu mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun, Khairul Anwar berkata, 18 kecederaan Bella terbukti menerusi keterangan saksi-saksi termasuk doktor pakar.

Ia bukan kecederaan sendiri, sebaliknya kata Khairul dilakukan banyak kali dan bukan sekali.

“Kecederaan itu dibuat oleh pihak ketiga dan berlaku dalam keadaan banyak kali,’’ katanya. – 2 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related