Vaksin Covid ada kesan sampingan, KKM minta penjelasan AstraZeneca: Dzulkefly

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan meminta wakil daripada firma itu untuk membuat penjelasan dengan lebih teliti dan telus

2:34 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Kementerian Kesihatan (KKM) akan meminta penjelasan daripada Firma Farmaseutikal AstraZeneca (AZ) berhubung isu vaksin Covid-19 dibangunkan mereka menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan meminta wakil daripada firma itu untuk membuat penjelasan dengan lebih teliti dan telus kepada semua pihak di negara ini.

“Kita boleh minta wakil AstraZeneca untuk membuat penjelasan dengan lebih teliti. Saya lebih mahu kalau ia menyebut secara telus kepada semua (iaitu) rakyat dan media.

“Mereka mesti bertanggungjawab seperti mana kita juga mesti bertanggungjawab. Tak ada apa yang mahu kita sembunyikan dan kita pertahankan mereka.

“Mereka firma farmaseutikal besar dan pembuat vaksin. Mereka mesti memberikan penerangan dan pencerahan bukan sahaja kepada rakyat di negara kita, tetapi secara global,” katanya pada sidang media selepas program saringan kesihatan di Dewan Orang Ramai, Kampung Orang Asli Tun Abdul Razak di sini, hari ini.

Firma Farmaseutikal AZ buat kali pertama mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin Covid-19 mereka boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku.

Pengakuan itu secara langsung boleh membuka jalan untuk pampasan undang-undang bernilai jutaan pound, dengan 51 kes dikemukakan di Mahkamah Tinggi setakat ini, menuntut ganti rugi dianggarkan bernilai sehingga £100 juta (RM512 juta).

Gergasi farmaseutikal itu menghadapi saman atas dakwaan vaksin yang dibangunkan mereka bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam puluhan kes.

Selain itu, Dzulkefly turut menggesa semua pihak supaya tidak cepat membuat rumusan berhubung kenyataan dibuat firma farmaseutikal tersebut.

KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendedahkan kadar sebenar vaccine-induced immune thrombotic thrombocytopenia (VITT) di Malaysia sehingga Mac lalu ialah lima kes, iaitu 0.88 setiap 1,000,000 dos.

Beliau turut mengingatkan bahawa penggunaan vaksin tersebut mempunyai manfaat dan kebaikannya.

“Saya minta anda fikirkan secara logik, pembuktian, saintifik, baik buruknya, pro dan kontra serta letakkannya dalam perspektif,” katanya. – 2 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related