‘Jangan pinggirkan kami’ Orang Asli mahu isu pendidikan, pekerjaan diberi keutamaan

Penduduk Kampung Orang Asli Tun Razak mahu calon wakil rakyat Kuala Kubu Baharu memberi penekanan mengenai isu pendidikan anak mereka, selain peluang pekerjaan

6:06 PM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU — “Kebanyakan penduduk di Kampung Orang Asli Tun Razak bekerja sendiri seperti menoreh getah dan ada yang hanya ambil upah berkebun atau membuat kerja-kerja pembersihan.

“Jadi penting untuk wujudkan lebih banyak peluang kerja di sini,’’ itu harapan Nana Bajitun, 60, salah seorang penduduk Orang Asli kepada calon wakil rakyat di Kuala Kubu Baharu (KKB).

Menurut Nana, peluang pekerjaan dan isu pendidikan perlu diberikan keutamaan supaya Orang Asli tidak merasa terpinggir.

“Ramai di sini yang hanya bekerja sendiri dan sudah tentulah pendapatan itu tidak seberapa,” katanya ketika ditemui Scoop.

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi pada 11 Mei dan 7 Mei untuk pengundian awal.

Calon Kerajaan Perpaduan dari DAP, Pang Sock Tao akan bersaing dengan calon Perikatan Nasional (PN) dari Bersatu, Khairul Azhari Saut; Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hafizah Zainuddin dan Nyau Ke Xin calon Bebas.

Menurut Nana Bajitun, dengan kebanyakan penduduk di Kampung Orang Asli Tun Razak bekerja sebagai penoreh getah, mengambil upah berkebun atau membuat kerja pembersihan, penting untuk anak-anak mereka mendapat pendidikan sempurna bagi menaikkan taraf hidup. – Halim Salleh/Scoop, 1 Mei, 2024

Seorang lagi penduduk, Fendi Bahsudin, 39, pula berkata, pendidikan kepada anak-anak Orang Asli adalah perkara yang sangat penting dalam membangunkan kehidupan kaum itu ke tahap yang lebih baik.

Tegasnya, anak-anak Orang Asli juga perlu diberikan pendidikan setaraf dengan masyarakat lain agar mereka dapat bersaing untuk membangunkan negara.

“Memang pendidikan ini sangat pentinglah untuk semua orang, kami pun merasakan begitu.

“Kalau boleh kami nak kerajaan pertingkatkan lagi peluang-peluang pendidikan terbuka kepada anak-anak Orang Asli terutama untuk ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Fendi Bahsudin menegaskan, pendidikan anak-anak Orang Asli sangat penting dalam membangunkan kehidupan masyarakat mereka ke tahap yang lebih baik. – Halim Salleh/Scoop, 1 Mei, 2024

Sementara itu, Tok Batin Orang Asli Kampung Tun Razak, Asu Dollah yakin masyarakat Orang Asli akan memihak kepada calon Pakatan Harapan.

Katanya, perkara itu dapat dibuktikan menerusi keputusan undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu undi Orang Asli telah memenangkan calon PH dari DAP, mendiang Lee Kee Hiong.

“Memang undi kami masyarakat Orang Asli beri kepada Barisan Nasional (BN). Sekarang ini BN berada dalam Kerajaan Perpaduan yang sekutunya adalah DAP.

“Kami tidak lagi keliru dalam hal ini kerana saya yakin masyarakat Orang Asli juga tahu membuat pilihan demi masa depan mereka,” katanya. – 1 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related