Papagomo ditahan disyaki keluarkan kenyataan aibkan Agong

Penahanan itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

4:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pempengaruh politik, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris ditahan kerana disyaki mengeluarkan kenyataan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong.

Penahanan itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Scoop sebentar tadi.

“Ya dia ditahan di kediamannya di Setapak bagi membantu siasatan. Penahanan itu dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” katanya.

Menurut beliau, penahanan Papagomo susulan laporan polis diterima berkaitan hantaran video berdurasi 2 minit 46 saat yang memaparkannya didakwa mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong bertemu pemilik kedai serbaneka KK Mart di Istana Negara pada 3 April lalu.

Katanya, dalam video itu Papagomo juga mendakwa baginda mengarahkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, 45, dituduh di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur mengikut Akta Hasutan.

“Tangkapan dilakukan susulan laporan polis diterima berkaitan video tersebut daripada seorang peniaga berumur 41 tahun yang ternampak hantaran itu ketika melayari media sosial di rumahnya, tengah hari semalam,” katanya.

Beliau berkata, Papagomo akan ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan sebelum permohonan reman terhadapnya dibuat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mulitmedia 1998,” katanya. – 30 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related