Pemuda Umno Selangor gesa tindakan diambil ke atas penyokong PN cantum logo Umno, DAP

Tindakan mencantum logo oleh penyokong PN itu dikatakan jelas menyalahi Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

9:07 PM MYT

 


KUALA KUBU BAHARU – Polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa mengambil tindakan terhadap provokasi dilakukan penyokong Perikatan Nasional (PN) yang mencantumkan logo parti Umno dan DAP pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Sabtu lalu.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Datuk Imran Tamrin berkata, tindakan penyokong PN itu jelas menyalahi seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Tindakan itu memang jelas dan sengaja dilakukan PN melalui penyokongnya dengan niat jahat mendatangkan rasa sakit hati atau tidak senang yang boleh membawa perpecahan undi kepada PN.

“Ia juga seolah-olah membawa naratif yang tidak betul dan tidak baik dalam tempoh kempen yang sepatutnya dilaksanakan secara sihat, progresif serta berkepentingan rakyat, membawa isu tempatan atau mengenai dasar parti yang memberi kelebihan kepada rakyat.

“Bagaimanapun tindakan dan sepanduk yang dibawa itu menyalahi Seksyen 4A (1) Akta Pilihan Raya 1954 berkaitan perkara menimbulkan perasaan tidak senang dan juga tidak baik kepada parti lawan,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh berang dengan tindakan segelintir penyokong PN yang mempamerkan replika yang mencantumkan logo parti Umno dan Dap ketika penamaan calon itu.

Beliau berkata, berkempen dengan cara menghina pihak lawan bukan pendekatan politik matang sebaliknya mencemarkan imej agama Islam di mata orang lain.

Imran berkata, laporan itu dibuat berikutan tindakan penyokong PN memuat naik provokasi ke media sosial dan siaran langsung perarakan bersama calon mereka.

“Penyokong itu bertindak menggabungkan sebahagian logo Umno dan DAP dengan lambang roket menggantikan lambang keris yang terdapat pada logo asal Umno.

“Justeru, kami berasa tidak senang dan terpanggil membuat laporan polis kerana tindakan itu boleh memecahbelahkan penyokong kami ini dan wajar diambil tindakan seperti diperuntukkan,” katanya. – 29 April, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related