KPDN saman peniaga tular letak syarat ‘nak dua minyak masak peket, beli barang lain dulu’

Aduan diterima KPDN berhubung kegiatan peniaga itu benar selepas pegawai kementerian yang menyamar sebagai pelanggan, turut dikenakan syarat sama

8:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang peniaga mengenakan syarat kepada pelanggan untuk pembelian minyak masak peket membawa padah, apabila dia dikenakan tindakan undang-undang oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Penetapan syarat dikenakan peniaga premis dikatakan di Perak itu terbongkar dan diketahui kementerian berkenaan selepas ia dilaporkan pengguna di platform X.

Justeru, dua pegawai KPDN kemudian ke premis peniaga itu untuk menyiasat kebenaran aduan berkenaan, dengan seorang daripada mereka menyamar sebagai pembeli.

@aspirasifuziahsalleh Kan Kak Gee dah pesan, jualan bersyarat adalah satu kesalahan! ❌ Masih ada lagi peniaga yang tidak ambil berat pasal penetapan jualan bersyarat. Ia adalah satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Tindakan akan dikenakan kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab kalau disabit kesalahan. Kat Perak, Kak Gee ada terima satu aduan berkenaan jualan bersyarat ni. Kak Gee gerakkan pegawai KPDN ke sana terus untuk periksa. Laporkan sebarang aduan salah laku dan penyelewengan kepada KPDN melalui saluran-saluran yang betul ya. #fuziahsalleh #mediafuziahsalleh #malaysiamadani #kpdnbekerja ♬ original sound – Fuziah Salleh

Video mengenai penyamaran pegawai itu dikongsikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh hari ini.

Pegawai itu dirakam memasuki premis runcit berkenaan dan bertanya kepada peniaga sama ada dia boleh membeli minyak masak dua peket.

Ternyata syarat itu benar apabila peniaga terbabit mengatakan pelanggannya boleh mendapatkan dua peket minyak masak, tetapi perlu membeli satu barangan tambahan terlebih dahulu.

Jawapan diberikan peniaga itu membuatkan pegawai terbabit merampas minyak peket daripada premis berkenaan dan mengeluarkan saman serta-merta.

Melihat di ruangan komen video dikongsikannya Fuziah itu, rata-rata netizen memuji KPDN yang disifatkan tegas dan pantas mengambil tindakan.

“Terima kasih YB (Yang Berhormat), harap banyakkan lagi tinjauan, kebanyakkan kedai mengambil kesempatan kepada pengguna,” kata @mosyimosyi.

Malah, ada juga mengadu terdapat kegiatan serupa dikenakan pengusaha premis di kawasan tempat tinggal mereka.

“Kat sini pun ada, dekat Seksyen 9 Shah Alam. Kalau nak beli minyak masak peket kena beli barang lain dulu, itu pun seorang dapat beli 2 kilogram (kg) saja tapi syarat kena beli barang lain dulu,” ujar seorang pengguna.

“Anak sis (saya) ada beli minyak masak tiga peket tapi kena beli barang lain kat sebuah pasar raya, katanya nanti bos marah,” kata pengguna lain.

Terdahulu, Fuziah memaklumkan, KPDN akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menetapkan pembelian bersyarat ke atas barangan kawalan, seperti minyak masak peket dan gula.

Katanya, pihak kementerian tidak akan berkompromi, terutama bagi mereka yang melakukan kesalahan sama berulang kali.

Jelasnya, di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, mana-mana individu atau syarikat yang melakukan kesalahan terbabit boleh dikenakan denda RM1 juta hingga RM5 juta atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai juga, katanya, diminta melaporkan sebarang penyelewengan kepada KPDN melalui saluran betul. – 29 April, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related