Angka kematian akibat keracunan makanan di restoran milik usahawan Malaysia di Taiwan meningkat 4 orang

Wanita itu ditempatkan di unit rawatan rapi lebih sebulan dan pada awalnya mangsa menunjukkan tanda-tanda pemulihan namun keadaannya menjadi lebih teruk akibat jangkitan

5:47 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Kes keracunan makanan di sebuah restoran milik usahawan Malaysia, Polam Kopitiam di Taipei pada Mac lalu, kini meningkat kepada empat orang dengan mangsa terbaru dilaporkan meninggal dunia awal pagi ini.

Ia disahkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan dan Kebajikan Taiwan, Victor Wang.

Kematian ini yang keempat, selepas mangsa ketiga dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu lalu, lapor Taipei Times.

Mangsa terbaru ini merupakan seorang wanita berusia 40 tahun dan mengalami kegagalan organ pada 3 pagi tadi, kata Wang.

Menurut Wang, wanita itu ditempatkan di unit rawatan rapi lebih sebulan dan pada awalnya mangsa menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas mendapatkan rawatan akibat muntah dan cirit-birit, namun keadaannya menjadi lebih teruk akibat jangkitan.

Pada 27 Mac lalu, dua lelaki berusia 39 dan 66 tahun maut disyaki akibat keracunan makanan selepas dilaporkan makan di sebuah restoran milik usahawan Malaysia di Taipei, Taiwan.

Menurut kenyataan Datuk Bandar Taipei, Chiang Wan-an, berikutan itu semua cawangan rangkaian restoran itu diarah tutup bagi tujuan siasatan susulan laporan kematian dan beberapa lagi dimasukkan hospital untuk rawatan lanjut.

Kejadian ini melibatkan salah sebuah cawangan restoran itu di Taipei.

Memetik kenyataan Ketua Pengarah Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Taiwan (TFDA), Wu Shou-mei sebelum ini, pihak berkuasa sudah mengambil sampel produk makanan termasuk kubis dan kicap yang biasanya mempunyai risiko pencemaran yang tinggi.

“Walaupun restoran itu lulus pemeriksaan keselamatan pada 2022, pemeriksa kesihatan yang menjalankan siasatan susulan kes keracunan makanan terbabit menemukan beberapa masalah seperti tahi lipas dan kegagalan menyediakan rekod kesihatan pekerja,” katanya. – 29 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related