Darjah Kebesaran Terengganu bakar semangat Azizulhasni buru emas Olimpik Paris

Jaguh berbasikal trek negara itu dikurnia pingat Datuk Paduka Mahkota Terengganu sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke-62

11:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mendapat suntikan semangat dalam misi memburu pingat emas Sukan Olimpik di Paris, Julai ini apabila dikurnia pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T).

Darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk itu diterima dalam satu majlis sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke-62 yang berlangsung di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu semalam.

“Merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Sultan Negeri Terengganu Darul Iman diatas pengurniaan pingat Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

“Pengurniaan ini akan patik jadikan sebagai tiupan semangat buat diri patik untuk berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi. Patik sungguh terharu di atas pengurniaan ini dan berasa sungguh bertuah menjadi anak jati negeri Terengganu Darul Iman.

“Patik sekalian juga mendoakan agar KDYMM Tuanku Sultan dan KDYMM Sultanah Terengganu sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan terus kekal bersemayam di atas singgahsana dengan penuh kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pelumba berusia 36 tahun itu sebelum ini turut dikurniakan darjah kebesaran yang sama ketika dalam persiapan akhir menggalas misi Malaysia memburu kilauan emas sulung negara di Tokyo 2020 pada Julai 2021.

Pada perlumbaan akhir acara keirin di Tokyo 2020, Azizulhasni dilihat mempunyai peluang cerah untuk merangkul emas, namun pelumba Australia, Matthew Glaetzer seakan tidak melakukan gerakan untuk mengejar pelumba Britain, Jason Kenny yang sudah melakukan pecutan lebih awal.

Situasi berkenaan sekali gus menghalang rentak Azizulhasni yang dikenali dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ untuk memburu kilauan emas pertama buat negara.

Azizulhasni sudah memiliki dua kilauan pingat pada temasya sukan terbesar dunia itu iaitu gangsa di Rio 2016 dan perak di Tokyo 2020, kedua-duanya dalam acara keirin.

Biarpun berdepan masalah kesihatan dan usia yang semakin meningkat, juara dunia 2017 itu menegaskan, memburu pingat emas di Paris 2024 kekal sebagai sasaran peribadinya.

Pada edisi kali ini yang dijadual berlangsung di Velodrom Saint-Quentin-En-Yvelines, Azizulhasni akan ditemani dua lagi pelumba negara iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri. – 29 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related