BN masih menaruh harapan MCA turun kempen PRK KKB

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin suasana akan berubah apabila 'kedukaan' MCA kembali reda kelak

10:30 AM MYT

 

KUALA KUBU BAHARU – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih berharap MCA akan dapat membantu jentera Kerajaan Perpaduan berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Baharu.

Beliau yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) bagaimanapun berkata tiada sebarang tempoh khusus ditetapkan bagi tujuan itu dan yakin suasana akan berubah apabila ‘kedukaan’ MCA kembali reda kelak.

Presiden Umno itu juga yakin jalinan persahabatan erat dengan MCA sejak 1955, mampu meredakan pergeseran yang berlaku antara parti itu dan DAP.

“(Kerjasama MCA) di peringkat Bahagian dan DUN saya tidak nampak masalah yang besar. Mereka akan menggerakkan jentera yang ada.

“Namun, kita memahami dan menyantuni yang di atas sana (kepemimpinan utama MCA),” katanya kepada media di pekarangan Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Baharu di sini, hari ini.

MCA sebelum ini memaklumkan tidak akan membantu kempen Kerajaan Perpaduan pada PRK Kuala Kubu Baharu kerana kecewa dipersenda, dimaki hamun dan diperkecilkan DAP.

Sementara itu, Zahid berkata, BN menghormati formula untuk memberi laluan kepada parti yang menguasai kerusi tertentu untuk bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan di DUN atau Parlimen berkenaan kecuali jika terdapat faktor lain ataupun pertukaran calon.

“Di Kuala Kubu Baharu kita merasakan prinsip ini menjadi keutamaan, sebab itu dari awal saya sudah menyatakan pendirian Umno dan BN dalam hal ini,’’ katanya.

Beliau berkata, jentera Umno dan MIC juga sudah digerakkan di lapan pusat daerah mengundi, termasuk kawasan Orang Asli.

“Kita akan mendekati pengundi yang menjadi ahli parti, selain pengundi Melayu yang tidak menyertai mana-mana parti atau atas pagar,” katanya.

Dalam pada itu, Zahid membidas segelintir pihak yang bertindak memuat naik semula ucapan lama calon Pakatan Harapan dari DAP, Pang Sock Tao yang menghentam BN.

“Mereka akan terus melakukan perkara jahat, sebab itu memang DNA mereka dari dahulu.

“Jadi, teruskan usaha mereka tetapi kita lihat (keputusan PRK DUN Kuala Kubu Baharu) pada 11 Mei ini yang kebetulan sama tarikh dengan ulang tahun Umno, Insya-Allah, keputusan akan memihak kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya. – 27 April, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related