Telefon bimbit individu hina mangsa helikopter TLDM terhempas dirampas: Shuhaily

Kertas siasatan berhubung kes itu telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

4:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis merampas telefon bimbit milik seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung komen jelik berkenaan insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut kelmarin yang dimuat naik di platform X miliknya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun X, Saifuddin Shafik.

“Siasatan telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman.

“Polis telah merampas telefon bimbit jenis iPhone 12 Pro yang dipercayai digunakan untuk membuat hantaran tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa sama, Shuhaily turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa terlibat.

“Polis turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu sensitif terutama melibatkan kegusaran awam melalui media sosial.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya.

Semalam, Scoop melaporkan, seorang pengamal media, Kamal Abas, 51, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian terhadap individu terbabit yang mengeluarkan komen jelik di akaun X menggunakan nama Saifuddin Shafik.

“Ketika melihat perkembangan kes di media sosial, saya ternampak komen dia (Saifuddin Shafik) dengan perkataan ‘baru raptai dah mampos (mampus). Tak sempat nak perang’.

“Saya kemudian meneliti semula komen itu kerana menyangka saya tersalah faham tapi ternyata ia benar. Bagi saya komen dibuat individu ini benar-benar biadap.

“Kata-kata biadap itu sepatutnya tidak dikeluarkan ketika rakyat, khususnya kaum keluarga mangsa sedang dalam kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga,” katanya.

Terdahulu, 10 kru TLDM maut selepas dua helikopter, iaitu HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) bertembung serta terhempas ketika sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM ke-90 di Lumut, Perak pagi semalam.

Berdasarkan maklumat diterima, kedua-dua helikopter itu, dilaporkan berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.30 pagi.

HOM terhempas di tangga Stadium TLDM, manakala Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM. – 25 April, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related