Ayah seorang pendiam, akan merinduinya: Anak Komander Muhamad Amir

Allahyarham Muhamad Amir yang juga Pegawai Memerintah Skuadron 502 merupakan antara 10 yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak

8:41 PM MYT

 

IPOH – “Sudah tentu saya sedih, biarpun ayah seorang pendiam, tetapi apa sahaja yang kami inginkan, dia akan cuba usaha memenuhinya”.

Demikian jelas Nuraina Farhana, 16, anak kepada Komander Muhamad Amir Mohamad, yang mengakui terkesan dengan pemergian bapanya itu dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, pagi tadi.

Ditanya kenangan paling dirindui mengenai Allahyarham, Nuraina berkata, bapanya itu selalu membawanya beriadah dan kini tiada penemannya lagi untuk melakukan aktiviti luar.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, bapanya gemar bermain futsal dan kali terakhir dia bertemu arwah adalah pada Ahad lalu.

“Itulah (hari Ahad) kali terakhir saya bertemu dengan ayah. Tiada sebarang perubahan dilihat padanya.

“Saya sedih. Ayah orangnya suka main futsal, waktu saya kecil lagi dia selalu bawa saya untuk beriadah.

“Kalau nak bercakap mengenai peribadinya, ayah orang yang pendiam tetapi jenis mendengar. Dia akan berusaha memenuhi apa sahaja keinginan kami (anak-anak),” katanya ketika ditemui media di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini.

Nuraina yang merupakan pelajar di Kolej Vokasional Kuala Kangsar berkata, dia menerima perkhabaran dukacita itu menerusi gurunya, pagi tadi.

Allahyarham Muhamad Amir yang juga Pegawai Memerintah Skuadron 502 merupakan antara 10 yang terkorban dalam nahas helikopter itu.

Muhamad Amir menaiki Pesawat Fennec (M502 6) bersama dua mangsa lain. – 23 April, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related