Jenazah nahas helikopter Lumut tiba di HRPB untuk bedah siasat

Difahamkan kesemua waris berada di pekarangan Jabatan Forensik ini sejak jam 4 petang tadi

7:40 PM MYT

 

IPOH – Jenazah 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tiba di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini pada kira-kira jam 6 petang tadi.

Kesemua jenazah dibawa dari Pangkalan TLDM di Lumut untuk membolehkan proses bedah siasat dijalankan serentak.

Barisan atas (dari kiri) Muhamad Amir, Sivasutan, Mohd Shahrizan, Firdaus dan Wan Rezaudeen. Barisan bawah (dari kiri) Mohammad Amirulfaris, Muhammad Faisol, Joanna, Norfarahimi dan Nor Rahiza. – Gambar ihsan TLDM

Difahamkan kesemua waris berada di pekarangan Jabatan Forensik ini sejak jam 4 petang tadi. Mereka bagaimanapun enggan ditemubual media.

Dalam pada itu, kira-kira 30 pengamal media berkumpul di hadapan Jabatan Forensik bagi mendapatkan perkembangan terkini susulan nahas tersebut.

Tragedi berkenaan mengorbankan 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang dalam nahas membabitkan perlanggaran dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Dua helikopter yang terdiri dari model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Pesawat HOM dinaiki tujuh kru, manakala tiga lagi berada dalam Fennec.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Senarai mangsa terkorban:

Pesawat HOM (M503 3) – 4 kru dan 3 penumpang:

Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503.

Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun.

Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar

Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna

Pesawat Fennec (M502 6) – 3 kru

Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502.

Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi. – 23 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related