KUALA LUMPUR – Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan terdapat dua helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pagi ini.
Bercakap kepada Scoop, beliau berkata, pihak polis sedang mengumpulkan maklumat mengenai insiden itu.
“Polis sedang kumpul maklumat mengenai kejadian,” katanya.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan terdapat dua helikopter Angkatan Tentera Malaysia (@MarkasATM) terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (@tldm_rasmi) Lumut, pagi ini.
— Scoop (@Scoopdotmy) April 23, 2024
Bercakap kepada Scoop, beliau berkata, pihak polis sedang… pic.twitter.com/3sq9sM8eYe
Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan, semua krew disahkan meninggal dunia dalam insiden terbabit.
“Ya kesemua krew meninggal,” katanya kepada Scoop.
BERITA LANJUT MENYUSUL