Beberapa pengumuman penting mengenai 5G akan diumum hujung April atau awal Mei: Fahmi

Pertemuan itu turut membabitkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Digital Gobind Singh Deo serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din

9:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beberapa pengumuman penting mengenai rangkaian 5G dijangka diumumkan pada hujung bulan ini atau awal Mei.

Fahmi berkata beliau dijadualkan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok antaranya untuk membincangkan perkara yang perlu dilaksana bagi memastikan kadar penggunaan rangkaian itu terus mencapai tahap yang suai manfaat atau sesuai dengan perkhidmatan yang telah disediakan.

Beliau berkata pertemuan itu turut membabitkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Digital Gobind Singh Deo serta Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

“Insya-Allah dalam masa terdekat, harapan saya menjelang hujung bulan ini atau awal bulan depan, kita akan ada beberapa pengumuman penting dan besar mengenai rangkaian 5G.

“Saya harap dengan adanya perkhidmatan 5G ini, rakyat akan mendapat manfaatnya,” kata beliau ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di IWK Eco Park@Lembah Pantai malam ini.

Fahmi berkata pertemuan beliau dengan Anwar dan pihak terlibat dalam perkhidmatan 5G antara lain bagi meneliti ikhtiar atau insentif yang boleh diberikan dalam usaha meningkatkan penerimagunaan pelaksanaan rangkaian itu dalam kalangan pihak industri.

“Penggunaan (5G) dalam kalangan rakyat biasa atau pengguna komersial cukup baik pada waktu ini. Saya belum ada angka terkini namun jumlah sebelum ini memberangsangkan dengan peningkatan yang cukup baik.

“Usaha dan ikhtiar mungkin perlu dilakukan yang mengkhususkan sektor industri kerana seperti ditetapkan dalam dokumen Pelan Induk Perindustrian Baharu yang menekankan aspek teras digital akan memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan industri terutama yang memacu pertumbuhan ekonomi negara ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata banyak yang perlu dilakukan berhubung perkhidmatan 5G untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan luar sama ada dalam sektor semikonduktor atau sektor pusat pemprosesan data yang menyaksikan negara menjadi destinasi yang semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Fahmi berkata kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sedang meneliti pakej 5G Rahmah untuk golongan mahasiswa bagi memastikan penerimagunaan rangkaian itu lebih rancak dalam kalangan anak muda.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu juga berkata senarai nama Ahli Lembaga Pengarah Digital Nasional Bhd (DNB) akan dimaklumkan dalam masa terdekat. – 22 April 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related