‘Bawa balik menantu dulu, baru cakap benda lain’ Fahmi ingatkan Muhyiddin

Sebagai ketua, bekas Perdana Menteri itu patut menunjukkan contoh dengan meminta menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan memberi kerjasama dalam siasatan SPRM

11:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa membawa menantunya pulang ke tanah air terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai perkara lain.

Ini kerana, Menteri Komunikasi yang juga Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, adalah penting untuk Muhyiddin bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung status menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang masih berada di luar negara.

“Sebelum beliau memberikan komen mengenai perkara lain, Tan Sri Muhyiddin perlu untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa membawa menantunya pulang ke tanah air.

“Jangan cakap mengenai KKB atau pilihan raya kecil, bawa menantu anda dulu, baru anda berada dalam kedudukan terbaik untuk memberikan komen,’’ katanya kepada media pada majlis Rumah Terbuka Lembah Pantai, di sini malam ini.

Terdahulu, Muhyiddin ketika mengulas mengenai (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) berkata, keputusan MCA dan MIC untuk tidak turun berkempen akan memberikan kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut, Fahmi turut menekankan Adlan kini adalah pelarian dan Muhyiddin perlu memainkan peranan sebagai pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu.

“Sepatutnya sebagai pemimpin, beliau (Muhyiddin) harus memberikan contoh terbaik dengan meminta menantunya balik ke Malaysia dan memberikan kerjasama dalam siasatan.

“Jika dia gagal melakukan perkara asas itu, saya rasa beliau tidak layak untuk bercakap mengenai perkara lain,’’ katanya.

Februari lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, tuduhan tanpa kehadiran menjadi pilihan akhir mereka untuk mendakwa Adlan.

Tahun lepas, SPRM mengesan Adlan dan Mansoor Saat, seorang peguam, pengarah serta pemegang saham NERS Sdn Bhd, bagi membantu siasatan dalam kes rasuah berkaitan pendaftaran, pemerolehan dan penyimpanan data biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Pada 9 Ogos lalu, Adlan melalui peguamnya berkata, beliau pasti akan pulang ke Malaysia secepat mungkin untuk menjawab semua soalan dan membantu SPRM dalam sebarang siasatan, selagi unsur ugutan serta penganiayaan terhadapnya dihapuskan.

Mansoor juga menyangkal dakwaan melarikan diri dan berkata, dia meninggalkan Malaysia secara sah atas urusan perniagaan dan telah bekerjasama dengan SPRM, yang mengetahui keberadaannya. – 21 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related