SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan MIC tidak akan membantu kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
“Presiden MIC hubungi saya kata dia akan tolong di (PRK) KKB.
“Beliau kata tak betul laporan tu (tidak akan turun berkempen) yang menyatakan tak akan beri kerjasama,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini.
MIC, sebelum ini memberi bayangan seolah-olah tidak akan berkempen pada PRK Kuala Kubu Bahari yang dijadualkan pada 11 Mei ini.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong dari DAP pada 21 Mac lalu. – 21 April, 2024
BERITA LANJUT MENYUSUL