PKR siap sedia PRU16, pastikan Anwar kekal terajui negara: Rafizi

Program KEMAS16 adalah rangka kerja PKR untuk menyediakan dan memantapkan kekuatan parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang

1:54 PM MYT

 

SHAH ALAM – Bagi memastikan penggal kedua Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, PKR sedang bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, matlamat itu akan diperkuatkan lagi dengan pelancaran dua kerangka kerja parti itu hari ini iaitu pelan Pemerkasaan Organisasi Parti 25 tahun (POP25) dan rancangan Keadilan Menang Siri PRU16 (KEMAS16).

“Kedua-dua rangka kerja itu bertujuan untuk mengukuhkan kekuatan kita dari akar umbi hingga ke atas dan memupuk pemerkasaan baharu supaya kita boleh bersedia menjelang PRU16.

“Selepas pelancaran, seluruh kepimpinan dan kekuatan parti akan digerakkan ke negeri lain secara berfasa sebagai tanda kesediaan kita untuk PRU16 bermula hari ini dengan matlamat yang lengkap dan jelas.

“InsyaAllah, persiapan kita dua tahun lebih awal akan memastikan (Anwar) kekal sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang,” katanya pada Konvensyen 25 Tahun PKR di sini, hari ini.

Program KEMAS16 adalah rangka kerja PKR untuk menyediakan dan memantapkan kekuatan parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

POP25 pula bertujuan memastikan parti itu kekal relevan untuk 25 tahun akan datang.

Ketika ini, beliau berkata, kekuatan PKR iaitu kebolehan mengawal media alternatif mula dikuasai parti lawan.

“Memandangkan kebanyakan pemimpin parti juga merupakan pemimpin kerajaan, kita berdepan cabaran dalam menangani isu yang dihadapi rakyat,” tambahnya. – 21 April, 2024

Topics

 

Hangat

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

No more political appointees: New Malaysian ambassador to US a career diplomat, says Tok Mat

The US has no objections with the nominee who is awaiting the Yang di-Pertuan Agong's consent

Related