Misteri terungkai! Jururawat ditemui tertiarap ditarik keluar kereta sebelum dibelasah lelaki

Suspek dikatakan membuka pintu kereta mangsa, menariknya keluar dan menumbuknya di bahagian muka beberapa kali

12:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jururawat yang ditemui tidak sedarkan diri di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, dekat Johol, Kuala Pilah malam kelmarin dipercayai ditarik keluar dari keretanya sebelum diserang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, polis sedang memburu seorang lelaki yang juga suspek terbabit dalam kejadian itu.

“Hasil siasatan lanjut kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dari arah Hutan Percha.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa mengatakan kereta dinaikinya dihimpit sebuah kenderaan memaksanya memberhentikan keretanya di bahu jalan.

“Suspek dikatakan membuka pintu kereta mangsa, menariknya keluar dan menumbuknya di bahagian muka beberapa kali,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya lagi, mangsa turut menyatakan dipukul dengan objek tumpul di bahagian belakang kepala.

“Siasatan juga mendapati kejadian ini bukan kes rompakan seperti yang ditularkan memandangkan tiada barang berharga milik mangsa hilang.

“Pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu kanan dan kepala,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dalam keadaan stabil dan tiada sebarang kesan kecederaan patah atau parah di mana-mana bahagian anggota badan.

“Polis kini giat mengesan suspek. Motif dan punca kejadian juga sedang dikenal pasti.

“Orang ramai diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini,” katanya.

Semalam, Scoop melaporkan mangsa berusia dalam lingkungan 30-an yang lengkap berpakaian seragam ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tertiarap berhampiran kenderaannya.

Lebih mengejutkan, keadaan enjin keretanya juga masih hidup dan tiada barang peribadi mangsa dilaporkan hilang. – 21 April, 2024

Topics

 

Hangat

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

Related