Keselamatan jemaah haji keutamaan kerajaan: Mohd Na’im

Mohd Naim berkata pihaknya turut bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar, untuk mendapatkan maklumat terkini tentang konflik Iran dan Israel

8:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keselamatan jemaah haji sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dan Tabung Haji (TH), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata kerajaan dan TH bekerjasama rapat dengan kerajaan Arab Saudi, khususnya Kementerian Haji dan Umrah negara itu bagi memastikan kelancaran perjalanan jemaah haji Malaysia.

“Jaminan daripada Kementerian Haji dan Umrah pada saya, mereka nak pastikan bahawa apa sahaja musibah yang berlaku, mereka ini sudah ada alternatif yang mereka akan lakukan.

“Apa yang penting untuk jemaah haji, dengan niat yang kita ada untuk menunaikan haji, kita sama-sama doakan Allah mudahkan dan beri keselamatan kepada kita,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan, semalam.

Mohd Naim berkata pihaknya turut bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar, untuk mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan dan suasana perang di antara Iran dan Israel.

“Maklumat yang kita terima setakat ini keadaan adalah terkawal. Saya beri jaminan di sini, kebajikan, keselamatan jemaah haji itu keutamaan kita, sama ada di peringkat kerajaan Arab Saudi, kerajaan Malaysia dan TH.

“Kita ingin pastikan keselamatan jemaah haji terjamin. TH dan kerajaan mengikuti rapat suasana di Timur Tengah dan kita akan memaklumkan kepada jemaah haji tentang perkembangan daripada semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu Mohd Na’im berkata seramai hampir 600 petugas TH akan digerakkan ke Arab Saudi, bagi memudahkan urusan para jemaah haji.

Beliau berkata kesemua petugas tersebut telah diberikan kursus sebagai persediaan sebelum mereka berlepas ke tanah suci.

“Petugas TH akan memberikan komitmen yang tinggi untuk memastikan jemaah haji tahun ini, mudah urusan mereka daripada semua aspek meliputi aspek ibadat, kesihatan dan kebajikan,” katanya.

Terdahulu di dalam ucapannya Mohd Na’im mengingatkan bakal haji, supaya mempersiapkan diri sama ada daripada aspek mental, kekuatan fizikal dan kefahaman yang jelas, berhubung manasik haji yang bakal dilakukan.

Selain itu beliau turut menasihatkan bakal haji supaya sentiasa menjaga kesihatan diri dengan melakukan senaman ringan dan mengambil makanan yang sihat, agar terus kekal sihat sepanjang berada di tanah suci.

“Pada masa sama, saya amat berharap para jemaah haji Malaysia sentiasa menjaga disiplin dan sentiasa patuh kepada peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi dan juga Tabung Haji,” katanya.

Kursus Perdana Haji ini merupakan kursus persediaan terakhir untuk bakal jemaah haji, sebelum berangkat ke tanah suci dan dianjurkan bermula 20 April hingga 5 Mei di 17 buah lokasi terpilih seluruh negara, yang menghimpunkan seramai 31,600 bakal haji.

Kursus ini memberi lebih fokus kepada latihan praktikal manasik haji seperti tawaf, sa’ie, berwukuf dan melontar jamrah, sekali gus memberi sedikit sebanyak gambaran suasana sebenar di tanah suci. – 21 April, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related