‘Saya tidak berhasrat bertemu Aliff, kami tidak lagi berhubung’, kata Bella

“Anak-anak tetap gembira malah Ayden dengan Ara setakat ini tiada masalah (berjauhan dengan Aliff) kerana mereka rapat dengan saya dan keluarga."

10:19 PM MYT

 


KUALA LUMPUR
– Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak berhasrat untuk bertemu dengan suaminya, Aliff Aziz malah dia tidak pernah berhubung langsung dengan lelaki berkenaan selepas perkahwinan mereka dilanda badai.

“(Setakat ini) anak-anak masih belum berkesempatan beraya dengan Aliff dan tiada sebarang rancangan (untuk bertemu) sebab saya memang tak berhubung 100% dengan Aliff,” katanya.

Bella ditemui pada majlis Rumah Terbuka Datuk Seri Siti Nurhaliza di sini, hari ini.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, meskipun tanpa kehadiran Aliff, sambutan Hari Raya dia dan anak-anaknya Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreana, 4, tetap meriah.

Apatah lagi dengan kehadiran keluarganya yang sentiasa ada di sisi ketika susah dan senang.

Bella tetap ceria menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama dua anaknya, Ayden dan Ara tanpa kehadiran suami. – Gambar Instagram Bella Astilla, 20 April, 2024

“Anak-anak tetap gembira malah Ayden dengan Ara setakat ini tiada masalah (berjauhan dengan Aliff) kerana mereka rapat dengan saya dan keluarga.

“Saya alihkan perhatian mereka dengan main bunga api malah rakan-rakan saya menghulurkan duit raya kepada mereka, jadi mereka gembira,’’ katanya.

Bella turut memberitahu dia sibuk dengan aktiviti seni dan kini hanya mahu berbicara soal kerjayanya, tidak lagi mengenai isu peribadi.

Rumah tangga Aliff Aziz dan Bella kini dilanda badai. – Instagram Aliff Aziz, 20 April, 2024

Bercakap mengenai perkembangan seni, Bella akan terbang ke China selama 10 hari pada 26 April ini bagi melaksanakan tugas selaku duta jenama sebuah kereta terkenal negara itu.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff sampai ke kemuncaknya selepas Aliff ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon, Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, namun pada 4 April lalu, Aliff enggan melafazkan talak pada sebutan kes cerai berkenaan walaupun pada awalnya difahamkan bersetuju.

Susulan itu, mahkamah menetapkan tarikh 4 Jun depan bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk kes perceraian pasangan sensasi ini. – 20 April, 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related