Hafizul buat pemeriksaan kesihatan di hospital swasta Kota Bharu seminggu sebelum insiden tembakan

Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk pertuduhan

1:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hafizul Harawi, suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta di Kota Bharu, Kelantan seminggu sebelum kejadian tersebut.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan bagi urusan pekerjaannya di Makkah, Arab Saudi.

“Sebab itu suspek ditahan di hadapan hospital swasta terbabit Isnin lalu.

“Itu kerana dia hendak mengambil laporan perubatannya disebabkan ia keperluan untuk bekerja di Arab Saudi dan merancang melarikan diri ke Makkah, Arab Saudi melalui negara jiran, Thailand,” katanya kepada media di Masjid Negara hari ini.

Beliau berkata, tempoh reman suspek yang berakhir Isnin ini akan disambung tujuh hari lagi.

“Setakat hari ini seramai 27 orang sudah dirakam percakapan termasuk isteri suspek bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk pertuduhan.

“Motif utama masih sama iaitu disebabkan hal peribadi,” katanya.

Terdahulu, suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta di Kota Bharu, Kelantan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan pada jam 3 petang Isnin lalu.

Susulan itu, suspek direman selama tujuh hari hingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Scoop sebelum ini melaporkan, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek terbabit dalam kejadian pada jam 1.30 pagi Ahad lalu.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena pengawal peribadi terbabit.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena seorang pengawal peribadi yang sedang dirawat di Hospital Cyberjaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, isu peribadi di antara suspek dan isteri kekal menjadi motif utama dalam insiden tembakan itu. – 20 April, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related