Tun Hanif Omar dikebumikan di Makam Pahlawan hari ini: Ketua Polis Negara

Katanya, Pejabat Perdana Menteri sudah memberi kebenaran untuk mengebumikan Allahyarham di sana

11:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi tadi akibat sakit buah pinggang akan dikebumikan di Makam Pahlawan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah mendapat kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mengebumikan Allahyarham di Makam Pahlawan, hari ini.

“Beliau adalah Ketua Polis Negara yang keempat di mana beliau sangat bijak mengurus pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika itu.

“Dalam masa sama beliau juga sangat membantu kerajaan yang memerintah ketika itu,” katanya ketika dihubungi Scoop hari ini.

Razarudin berkata, beliau dan keluarga juga mengucapkan salam takziah kepada keluarga Mohammed Hanif.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 85, adalah Ketua Polis Negara keempat dan pernah memegang jawatan itu selama 20 tahun iaitu dari 1974 sebelum bersara secara rasmi pada 16 Januari 1994.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada jam 2.15 pagi tadi.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Negara untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan.

Sementara itu, pekarangan Masjid Negara mula dihadiri ramai bekas dan pegawai tertinggi PDRM antaranya Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Ismail Omar dan Tan Sri Mazlan Mansor.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Khalid Abu Bakar; bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mazlan Mansor, Pengarah JSJ Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf; Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Nor; Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Bukit Aman SAC, Nik Ezanee Mohd Faisal. – 20 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

Related