Peruntukan kepada pembangkang: Tiada syarat ‘perlu beri sokongan kepada PM’

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia lebih kepada perbincangan antara pihak terbabit bagi memastikan kestabilan kerajaan

2:50 PM MYT

 

KAJANG – Tidak ada syarat ‘perlu memberi sokongan kepada Perdana Menteri’ dalam keputusan kerajaan memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia lebih kepada perbincangan antara pihak terbabit bagi memastikan kestabilan kerajaan.

“Itu kita bagi mandat kepada Fadillah (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof). Tak ada syarat sokong PM (Perdana Menteri) seperti mana ditohmah oleh pembangkang.

“(Ia) perbincangan supaya kerajaan stabil dan kita tumpu kepada pertumbuhan ekonomi, yang jamin keamanan, kestabilan, itu yang biasa, yang terperinci mereka boleh bincang,” katanya kepada media selepas solat jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang di sini hari ini.

Semalam, Ketua Whip Dap, Nga Kor Ming menjelaskan bahawa peruntukan untuk ahli-ahli Parlimen pembangkang adalah bersyarat sebagaimana yang diputuskan oleh mesyuarat yang dipengerusikan Anwar.

Kor Ming berkata, syarat-syarat yang akan dikenakan itu tidak diperincikan dalam mesyuarat berkenaan.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Seri Perdana kelmarin.

Ketua Whip Kerajaan Perpa­duan itu turut menjelaskan satu Memorandum Persefahaman (MoU) akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.

Dalam pada itu, Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Walau bagaimanapun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi satu kenyataan memaklumkan, PN akan membuat keputusan selepas meneliti terlebih dahulu syarat dalam draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang sedang disiapkan kerajaan. – 19 April, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related