Kes tembak KLIA: Buah pinggang, limpa Muhammad Nur Hadith alami masalah

Mangsa masih ditidurkan dan berada dalam pemantauan doktor

3:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengawal peribadi, Muhammad Nur Hadith Zaini, 38, yang cedera parah akibat ditembak dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad lalu, masih lagi ditidurkan selepas menjalani pembedahan di Hospital Cyberjaya kelmarin.

Bercakap kepada Scoop, isterinya, Siti Noraida Hassan, 38, berkata, suaminya itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dipantau rapi pihak perubatan selepas menjalani pembedahan di bahagian usus kecil dan pemeriksaan organ lain susulan kecederaan perut akibat insiden tembakan tersebut.

Menurut Noraida, buah pinggang dan limpa suaminya mengalami sedikit masalah dan pasukan perubatan memberi masa dalam tempoh lima hingga enam hari bagi memantau perkembangan kesihatan usus mangsa.

“Suami masih ditidurkan dan berada dalam pemantauan doktor.

“Buat masa ini, buah pinggang dan limpa ada masalah, jadi mahu cakap stabil atau kritikal saya juga tidak pasti.

“Setakat ini, hanya saya dan waris terdekat sahaja yang boleh melawat,” katanya.

Terdahulu, Scoop melaporkan seorang pengawal peribadi parah selepas terkena tembakan dilepaskan suspek, Hafizul Harawi, 38, dalam kejadian pada jam 1.30 pagi Ahad lalu.

Berdasarkan siasatan, suspek sebenarnya ingin menembak isterinya sendiri yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di KLIA, sebelum peluru dilepaskannya tersasar dan terkena mangsa.

Menurutnya, suspek melepaskan tembakan sebanyak dua kali sebelum satu daripada peluru itu terkena Muhammad Nur Hadith. – 18 April, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related