Bayi enam bulan dibunuh, bapa kandung didakwa esok

Lelaki tersebut akan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum mati

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan akan didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, esok atas kesalahan membunuh anak kandungnya yang berumur enam bulan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Muhamad Nasir Drahman berkata, lelaki berumur 25 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sekiranya disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum mati.

“Sebelum ini, suspek ditahan pada 15 April lalu untuk membantu siasatan kes kematian bayi berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.

Semalam, lelaki terbabit direman seminggu selepas anak kandungnya itu ditemukan meninggal dunia dipercayai didera di kediamannya di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang dalam kejadian Isnin lalu.

Nasir berkata, lelaki itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) jam 11.30 malam pada 15 April lalu di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Kajang.

Menurutnya, penahanan suspek dibuat susulan maklumat diterima pihak polis dan hasil ujian air kencing mendapati, dia positif dadah jenis syabu.

“Permohonan reman dibuat ke atas suspek di Mahkamah Majisret Bandar Baru Bangi, dengan dia dibenarkan ditahan reman tujuh hari hingga 22 April ini untuk siasatan lanjut. – 18 April, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related